Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Unik..Cara Hasilkan Aiskrim...

Video yang memaparkan cara unik menghasilkan aiskrim di Thailand itu pasti membuatkan rakyat...

Terowong: Datuk Seri Dibebas...

PUTRAJAYA - Ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' yang direman bagi membantu siasatan berhubung...

Kajian ECRL Ditunda Atau...

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memutuskan sama ada Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditunda...

Ujian Klinikal Beberapa Vaksin...

KUALA LUMPUR - Ujian klinikal terhadap beberapa jenis vaksin denggi sedang dijalankan oleh...

Skuad Hoki Wanita Negara Duduki Tangga Tercorot

KUALA LUMPUR – Pasukan hoki wanita negara berakhir di kedudukan tercorot tempat ke-10 pada pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) selepas tewas dalam kesemua perlawanan.

Pada aksi di Stadium Fallon di Brussels, Belgium petang ini, Malaysia yang kini berada pada ranking ke-22 dunia tewas 1-0 kepada Scotland.

Gol tunggal pasukan yang berada di kedudukan ke-17 dunia itu adalah melalui pukulan sudut penalti oleh Sarah Robertson pada minit ketujuh perlawanan.

Untuk rekod sepanjang kejohanan itu, Malaysia kalah 3-0 kepada Australia dalam  perlawanan pertama peringkat Kumpulan B pada 21 Jun lepas, diikuti kekalahan 1-3 kepada Sepanyol, seterusnya dibelasah teruk Belgium 9-0 dan menutup perlawanan  peringkat kumpulan dengan kekalahan 1-0 kepada New Zealand.


Misi pasukan kendalian jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah untuk melayakkan diri ke Piala Dunia ternyata gagal kerana hanya empat pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.

Malaysia diundi bersama naib juara Piala Dunia 2014, Australia, pasukan nombor lima dunia New Zealand, Sepanyol (10) dan tuan rumah Belgium (14) dalam Kumpulan B. – BERNAMA

Kategori