Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kempen Keganasan Daesh Kekal...

SEMBILAN percubaan pengganas Islamic State (IS) atau Daesh menjadikan negara ini sebagai sasaran serangan...

Giraldo Sedia Beri Tentangan...

KUALA LUMPUR - Santiago Giraldo dari Colombia sedia memberi tentangan sengit kepada Nick...

Media Tertipu, Sidang Media...

HAMPIR 50 petugas media yang sejak pagi tadi berhimpun di ibu pejabat Parti Islam...

Anggota AADK Redah Hujan...

SEMBILAN individu dipercayai penagih dadah ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Padang Terap, dalam...

Skuad PPBN Bakal Timba Pengalaman Di Eropah

PETALING JAYA – Seramai 25 pemain di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) bakal menimba pengalaman berharga apabila akan menyertai kejohanan Bawah 15 Tahun (B-15) yang turut disertai beberapa pasukan terkenal Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPBN, Safirul Azli Abu Bakar berkata peluang tersebut dapat memberikan satu gambaran berbeza terhadap permainan bola sepak yang lebih moden dan bakal digunakan sebaiknya bagi meningkatkan lagi tahap permainan.

Menurut beliau, pasukan PPBN akan berangkat ke Clairefontaine, Perancis Isnin depan untuk menentang pasukan B-15 Paris Saint-Germain (PSG) dan ke Amsterdam, Belanda pada 11 Jun untuk aksi bertemu Feyenoord dan SBV Vitesse sebelum turun beraksi pada kejohanan terbabit.

“Setiap kali ke luar negara kita akan memberikan tumpuan untuk memperbaiki teknik dan menimba pengalaman. Bermain menentang pasukan handalan yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal akan digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan lagi tahap ketahanan fizikal pemain.

“Peluang ini juga dapat membuka mata para pemain untuk melihat cara permainan di Eropah yang lebih agresif serta memahami konsep bola sepak mereka,” katanya dalam sidang media pada majlis berbuka puasa Adidas Malaysia bersama PPBN di sini, hari ini.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri yang meluangkan masa beramah mesra dalam sesi soal jawab bersama pemain.

Faiz yang merupakan penyerang pasukan Liga Super, Pulau Pinang mengakui siri perlawanan persahabatan dan kejohanan tersebut mampu membantu meningkatkan mutu permainan dalam usaha memartabatkan bola sepak negara.

“Ia sangat bagus untuk melihat semua pemain muda ini bersemangat untuk bermain bola sepak dan sentiasa memperbaiki diri untuk lebih maju. Melihat mereka sekarang saya yakin mereka mempunyai masa depan yang cerah,” katanya. – BERNAMA

Kategori