Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan...

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa...

67,000 Peserta Felcra Terima...

KEMAMAN - Felcra Berhad (Felcra) akan mengagihkan keuntungan sebanyak RM305.3 juta bagi hasil...

BN Boleh Menang PRU...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional...

Dewan Negara Lulus RUU...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang memperuntukkan...

Somalia Yang Tragik: “Lebih Baik Anak Saya Mati…”

TIADA pengalaman lebih tragik selain melihat kelegaan seorang ibu setelah melihat anaknya mati setelah tiga bulan menderita dalam kebuluran dan menderita sakit yang tiada bekalan ubat.

Wartawan TV AlHijrah menceritakan pengalaman sedih melihat kanak-kanak berusia dua tahun mati akibat campak. Kematian kanak-kanak ini dianggap lebih baik daripada hidup menderita tanpa rawatan.

Zairulshahfuddin cuba menutup mata Laden tetapi tidak berjaya
Zairulshahfuddin cuba menutup mata Laden tetapi tidak berjaya.

“Lebih baik mati dari terus sengsara,” kata Samey.

Anaknya Laden Adan antara ribuan kanak-kanak Muslim Somalia yang menderita kelaparan dan sakit berpanjangan tanpa bantuan perubatan.

Somalia Yang Tragik: "Lebih Baik Anak Saya Mati..."
Laden mati setelah tiga bulan menderita demam campak tanpa ubat dan rawatan.

Kematian Laden pada 5 Jun lalu, bagi ibunya, adalah ‘jalan menuju kebahagian’.

Samey, 21 tahun, antara ratusan ibu muda yang sudah putus asa setelah melihat kesihatan anaknya makin teruk dari hari demi hari.

Somalia Yang Tragik: "Lebih Baik Anak Saya Mati..."
Samey menganggap kematian anaknya sebagai lebih baik daripada hidup dan terus menderita.

Bapa Laden, Abdibashir Muhammad, 40, hanya mampu melihat jenazah anaknya terbaring kaku dengan mata terbuka.

Somalia Yang Tragik: "Lebih Baik Anak Saya Mati..."
Abdibashir masih keliru dan membiarkan jenazah anaknya terbaring kaku semalaman.

Laden mati dalam kem usang yang diperbuat daripada ranting kayu dan kanvas buangan di Kem Pelarian Farsolli di Tredish. Satu antara ratusan kem yang didiami enam juta rakyat Somalia yang kebuluran.

Somalia Yang Tragik: "Lebih Baik Anak Saya Mati..."
Kanak-kanak Somalia diancam maut akibat kebuluran dan penyakit taun, campak dan wabak jangkitan akibat ketiaadaan bekalan air bersih.

Suasana hiba apabila Ketua Pegawai Eksekutif, Islamic Relief Malaysia (IRM), Zairulshahfuddin cuba melurut kening jenazah Laden, namun mata kanak-kanak itu tetap terbuka.

“Hari terakhir kami di Somalia,” kata Syafiq: “Ini suasana sangat tragik….”

Jenazah sudah semalaman mati, namun masih terbiar kaku di dalam kem yang berhaba panas. Satu kematian silih berganti bagi kanak-kanak Somalia di bawah usia lima tahun.


“Penyakit bawaan air, taun dan campak menjadi pembunuh utama kanak-kanak,” kata Syafiq melalui pesanan WhatsApp.

Kombinasi kemarau, penyakit berjangkit dan dan ketiadaan akses pada rawatan perubatan menjadikan kanak-kanak menderita pada tempoh lama sebelum maut.

Somalia Yang Tragik: "Lebih Baik Anak Saya Mati..."

Di Somalia, kanak-kanak yang lahir dan membesar di kawasan yang dikawal al-Shabab tidak dibenarkan mengambil sebarang bentuk rawatan imunisasi.

Justeru, IRM berusaha mewujudkan klinik bergerak dengan fokus memberikan rawatan imunisasi pada kanak-kanak.

Syafiq bersama Zairulshahfuddin serta tiga aktivis IRM, Muhammad Haris Sharim, Sharmiza Husin dan Nor Zafirah Zahari sudah seminggu berada di Mogadishu dalam siri operasi tinjuan lokasi bagi menyalurkan bantuan Tabung Rayuan Afrika Timur yang dilancarkan pada April lalu.

IRM menyumbangkan lebih RM200 ribu hasil derma rakyat Malaysia bagi membantu 18 juta mangsa kebuluran di Somalia, Ethiopia, Sudan dan Kenya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori