Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sistem Parkir Berkupon Dilaksana...

KANGAR - Sistem tempat letak kereta berkupon akan dilaksanakan di Kangar, Arau dan...

Pesawat Tentera Amerika Syarikat...

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) bersama lima anggota...

Khabar Angin Rombakan Kabinet...

DALAM satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin perihal rombakan kabinet...

Lebih 1000 Aplikasi Diterima...

Apple Watch akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula 24 April kelak, dan...

SPAD Periksa 4,861 Kenderaan Sepanjang Raya

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memeriksa sebanyak 4,861 kenderaan dalam Operasi Bersepadu Serkap (Ops Serkap) sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara sejak 12 Jun lalu.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,445 pemeriksaan melibatkan kenderaan bas, teksi dan lori.

Menurutnya, sebanyak 154 bas, 37 teksi dan 102 lori telah melakukan pelbagai kesalahan antaranyamengenakan tambang berlebihan kepada pengguna, tidak mempunyai dokumen pemandu serta menurunkanpenumpang di kawasan yang tidak dibenarkan.

Kesalahan lain adalah tidak menggunakan meter ketika mengambil penumpang, membawamuatan  berlebihan serta gagal mengemukakan permit, katanya pada sidang media di Pejabat SPAD Wilayah Selatan di sini, malam tadi.

Beliau kemudian melakukan pemantuan di Terminal Bas Larkin dan Taman Ungku Tun Aminah, dekat sini.


Katanya, setakat malam tadi, tiada sebarang penahanan dibuat termasuk pemandu bas yang berada di bawah pengaruh dadah.

Ops Serkap, yang melibatkan 380 anggota penguat kuasa SPAD serta polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan, dijalankan sehingga 2 Julai ini. – BERNAMA

Kategori