Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

M. Nasir Positif COVID-19,...

KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M. Nasir positif COVID-19 dan sedang...

Tak Ada Manfaat Tawar...

Mencantas kenyataan Nurul Izzah Anwar tentang dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah...

800 Sikat Emas Dijual...

SEBUAH syarikat di Slovakia yang sememangnya terkenal dalam mencipta dan mengeluarkan barangan luar...

Kasut, Beg Tangan Milik...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa, 263 beg...

SPRM Siasat FGV Jika Ada Unsur Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk membuat siasatan dalam isu membabitkan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) ketika ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki bagaimanapun berkata SPRM terlebih dahulu perlu meneliti laporan yang dibuat jika ada berlaku salah guna kuasa atau rasuah.

“Ya, SPRM akan teliti dahulu laporan sama ada ia di bawah bidang kuasa SPRM atau sebaliknya dan SPRM hanya menyiasat jika ia mempunyai unsur rasuah atau salah guna kuasa,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hari ini, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha, diarah bercuti susulan siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum. – BERNAMA

Kategori