Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perniagaan Di Rantau Panjang...

PASIR MAS - Aktiviti perniagaan di pekan Rantau Panjang di sini masih berjalan...

Harga Diesel Nelayan C2...

KUANTAN : Tidak pernah berlaku dalam sejarah harga minyak diesel untuk nelayan C2...

Tentera Russia Bersedia Mara...

KYIV: Serangan Russia membedil sasaran orang awam di bandar Dnipro di tengah Ukraine,...

Adun Tungku Cadang Nurul...

KOTA KINABALU - Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar Naib Presiden PKR...

Serangan London Bercanggah Dengan Ajaran Islam – PAS

KUALA LUMPUR – PAS mengutuk serangan ganas terhadap orang awam London yang mengorbankan tujuh nyawa dan menyebabkan 48 orang cedera.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, serangan berkenaan adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

“Islam adalah agama perdamaian yang menjaga hak orang awam semasa aman atau waktu peperangan. Islam juga melarang membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan merosakkan bangunan serta pokok tanaman.

“Tambahan pula, UK mengamalkan sikap toleransi terhadap umat Islam untuk mengamalkan agama, dan umat Islam dapat hidup aman dan bebas untuk bekerja, berpendidikan, berurus niaga dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan.

Serangan ganas di London Bridge dan Borough Market, penyerang melakukan serangan secara rambang yang disifatkan sebagai serangan ‘aksi pengganas’ terburuk.


Tiga penyerang terbabit memakai jaket berisi bom yang kemudiannya disahkan palsu turut ditembak mati.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 12 suspek telah ditahan di sebuah pangsapuri dekat Bar­king, timur London bagi membantu siasatan pihak polis susulan insiden sera­ngan berdarah tersebut sepanjang Ahad.

Sebelum pada ini, serangan ganas juga telah dilakukan di sebuah konsert di Manchester pada 22 Mei 2017 dengan modus operandi pengebom berani mati meletupkan dirinya yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 maut termasuk kanak-kanak dan 59 lagi cedera. – MYNEWSHUB.CC

Kategori