Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wujudkan Lebih Banyak Kelab...

KUALA LUMPUR - Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) bakal bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi...

Isu Polarisasi Kaum Dan...

KUALA LUMPUR - Isu polarisasi kaum dan agama dalam negara perlu ditangani sebaik...

Jamal ‘Seru’ Mahathir Jadi...

KUALA LUMPUR - Pemimpin gerakan Baju Merah hari ini telah 'menyeru' Dr. Mahathir...

PM Batal Program Untuk...

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan membatalkan semua program beliau di...

Pelukis Malaysia Hasil Karya Dengan Air Zamzam

PUTRAJAYA – Kita sering kali melihat para pelukis berbakat menggunakan pelbagai teknik bagi menghasilkan karya lukisan mereka.

Bagaimanapun, berbeza sedikit kali ini apabila seorang pelukis dari Malaysia memilih medium istimewa dengan menggunakan air zamzam dalam lukisan karyanya.

Pelukis dikenali sebagai Abdulhalim Omar itu malah turut menggunakan air zamzam itu bagi melukis karya seni yang dikenali dengan gaya Islamnya agak unik.

Abdulhalim memberitahu Al Arabiya bahawa beliau mula melukis dengan menggunakan air zamzam sejak lima tahun lalu setelah menerima fatwa dari mufti di Malaysia.

“Beliau memberitahu saya ia dibolehkan, dan kemudian saya guna air zamzam dalam lukisan saya,” jelasnya, sambil menambah bahawa beliau sudahpun mengadakan beberapa pameran di seluruh negara.

Abdulhalim turut menyuarakan hasrat agar karya-karyanya itu akan menjadi terkenal di negara-negara Arab seperti di Mesir, Emiriah Arab Bersatu atau Arab Saudi.

“Karya seni ini adalah cara saya untuk mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas bakat yang dikurniakan kepada saya,” dedahnya kepada Al Arabiya.


Abdulhalim berkata bahawa beliau juga melafazkan zikir sambil menghasilkan karya-karyanya: “Saya berasa tenang dan saya juga melakarkan zikir itu dalam lukisan saya.

“Saya pernah melukis empat juta nama Allah dalam sebuah lukisan,” menurut Abdulhalim, sambil menambah bahawa ramai rakyat Malaysia memberi reaksi positif terhadap lukisan tersebut.

Beliau turut mendedahkan bahawa cabaran terbesarnya adalah untuk melukis pintu dan kiswah Kaabah dengan menggunakan air zamzam yang memerlukan banyak butiran terperinci.

Ketika ditanya tentang projek beliau yang selanjutnya, Abdulhalim berkata ia adalah untuk melukis surah Al-Quran sambil menambah nama Allah pada setiap muka surat.

“Saya berharap saya dijemput untuk jalani ibadah dan lukis Kaabah langsung dari sana, sambil minum air zamzam di Makkah. Saya berdoa agar impian ini akan tercapai,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori