Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Presiden Maldives Dipenjara...

MALE, Maldives - Bekas Presiden Maldives dan ketua pembangkang, Mohamed Nasheed dijatuhi hukuman...

Pekerja Warga China Mati...

BETONG (Sarawak) - Seorang mati dan seorang lagi cedera di belakang badan dan...

Pejuang Sahkan Dipanggil Menghadap...

KUALA LUMPUR - Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air...

Putera Dubai, Selain Tampan...

LAHIR sebagai anak raja yang kaya-raya tentu sekali adalah anugerah yang tidak terkata. Nasib yang...

Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat Hospital Jempol

JEMPOL – Suasana pilu dan hiba menyelubungi perkarangan rumah mayat Hospital Jempol pagi ini yang menempatkan jenazah lapan mangsa yang maut termasuk enam rentung dalam kemalangan di KM25 Jalan Bahau-Keratong, semalam.

Kelihatan ramai sanak saudara dan rakan taulan hadir seawal jam 8 pagi di sini bagi memberikan penghormatan terakhir dan cuaca yang hujan juga seolah-olah turut sama meratapi pemergian kesemua mereka.

Pagi ini urusan bedah siasat sedang dilakukan ke atas semua mangsa.

Dalam kejadian 2.20 petang itu, lapan maut dengan enam daripadanya rentung manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan sebuah treler di KM25 Jalan Bahau-Keratong, di sini, semalam.

Mereka yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki kenderaan Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51, dan isteri Mas Noraida M Yusoff, 45.


Turut terkorban empat anak mereka iaitu Wan Muhamad Muhaimin, 22, Wan Nor Atirah, 18, Wan Muhamad Amar Haziq, 13, dan Wan Nor Alisha, 7. Kesemua pemandu dan penumpang Proton Exora rentung dalam kejadian itu.

Dua mangsa lain yang maut ialah pemandu Perodua Myvi Osman Mohamed Taip, 31, dan isteri Rosniza Othman, 32, manakala anak kepada pasangan itu Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kuala Pilah. – BERNAMA

Kategori