Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Ucap Takziah Nahas...

KUALA LUMPUR - Malaysia menzahirkan rasa sedih atas insiden pesawat tentera Myanmar yang...

Bayi 2 Bulan Meninggal...

PERTH - Seorang bayi berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia dalam pesawat AirAsia...

Asmidar Bergerak Solo, Akui...

ARTIS kelahiran sebuah program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa, Asmidar seolah-olah kehadirannya sepi...

Akibat Cemburu, Ratu Cantik...

TIDAK sampai tiga hari lagi, Ratu Cantik Honduras, Maria Jose Alvarado sepatutnya berada...

Sufian Buat Laporan Polis, Nafi Ganggu Isteri Orang

SUSULAN dakwaan seorang lelaki mendakwa penyanyi Sufian Suhaimi mengganggu isterinya menerusi aplikasi perbualan Bigo dan WeChat, enggan terus dikaitkan dengan perkara tersebut, Sufian akhirnya membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Baca: Sufian Suhaimi Kantoi Kacau Isteri Orang?

Menurut pelantun lagu Terakhir itu, tujuannya membuat laporan polis itu adalah untuk membersihkan namanya daripada terus terpalit dengan fitnah yang dilemparkan lelaki tersebut.

“Sejurus perkara itu tersebar luas di Twitter saya terus buat laporan polis sebagai salah satu langkah keselamatan diri saya.

“Laporan itu juga dibuat bagi memberitahu saya tidak bersalah dan telah difitnah selain berada di pihak benar,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Abong, Muar, Johor, lapor mStar Online. 

Nama Sufian menjadi hangat dua hari lalu apabila dirinya dituduh menggatal dengan isteri orang seperti mana yang dibongkar suami wanita tersebut di laman Twitter.


Menurut lelaki tersebut dia mempunyai bukti Sufian mengganggu isterinya malah turut menyertakan paparan skrin isterinya sedang berborak dengan penyanyi itu menerusi panggilan video.

Menafikan pekara itu, Sufian menulis di Twitter bahawa dia difitnah dan kemungkinan besar ia dilakukan oleh akaun palsu yang menyamar sebagai dirinya. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori