Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kandungan Benzoil Tepung Gandum...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mendapati kandungan benzoil peroksida yang terdapat dalam pelbagai...

Alvin Tidak Matang Dan...

Bekas pasangan seks, blogger Alvin Tan, Vivian Lee menyifatkan tindakan Alvin melarikan diri...

Lelaki Warga Emas Dikhuatiri...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Johor di...

Ratu Pecut Para ASEAN...

KUALA LUMPUR - Ratu pecut, Felicia Mikat menerima kata semangat dan pujian di...

Sukan SEA: Penggunaan Dron Dilarang Di Langkawi

LANGKAWI – Sebarang penggunaan dron oleh penonton di lokasi acara perahu layar Sukan SEA ke-29 tidak dibenarkan sepanjang berlangsungnya acara itu di sini, kata Ketua Polis Negeri Kedah Datuk Asri Yusoff.

Katanya kawalan pergerakan bot dan kapal di sekitar perairan pulau ini juga akan diperketatkan lagi selain pelaksanaan beberapa langkah lain bagi menghadapi sebarang ancaman keselamatan semasa temasya sukan itu.

“(Pengoperasian) Dron memang sudah menjadi dasar tak boleh terbang sebarangan. (Dron) yang (diterbangkan) dekat sini sudah tentu kita tak akan benarkan. Kita akan bersedia dan bertindak,” katanya selepas meninjau perjalanan latihan amali Ex-Rimau di sini hari ini.

Menurutnya, latihan amali yang melibatkan 282 pegawai dan anggota daripada pelbagai pergerakan di bawah Polis Diraja Malayasia (PDRM) itu adalah satu daripada lima siri latihan persediaan keselamatan sempena Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.

“(Kami) sedia maklum (antara ancaman keselamatan itu) adalah ancaman yang berkaitan dengan Daesh yang kita tengok di (beberapa buah negara) sekeliling kita (sudah) ada. Jadi kita perlu benar-benar bersedia (untuk menghadapi ancaman ini),” katanya.

Asri berkata biarpun PDRM tidak menjangkakan jumlah penonton yang besar untuk menyaksikan acara sukan air seperti perahu layar ini, namun langkah-langkah keselamatan yang ketat masih perlu dilakukan berikutan perkembangan ancaman semasa.


Katanya konsep pelbagai lapisan keselamatan yang dilaksanakan semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang lepas akan diaplikasikan dalam pelaksanaan langkah keselamatan semasa Sukan SEA ini.

Menurutnya langkah-langkah keselamatan ini bukan semata-mata bagi melindungi orang ramai yang menyaksikan acara itu sahaja tetapi turut meliputi pelancong yang datang ke pulau ini.

“Bukan sahaja di darat, malah langkah-langkah keselamatan ini juga akan turut dilaksanakan di kawasan laut kerana kita berada di kawasan terbuka,” katanya. – BERNAMA

Kategori