Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PBT Digesa Pantau Penjualan...

PADANG TERAP - Kerajaan negeri mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peranan yang...

JPT Tidak Campur Tangan...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan tidak akan campur tangan urusan...

Rooney Ledak Dua Gol...

GLASGOW - Kapten England, Wayne Rooney meledak dua gol bagi membolehkan England mencatat...

6 Jam Tunggu, Bapa...

SEJAK jam 9 pagi tadi, kira-kira 20 ahli pengamal media menunggu kehadiran bapa...

Sumaiyyah Syuhada Pertama: Iman & Tauhid

SUMAIYYAH, seorang wanita yang kuat. Sanggup menahan segala penderitaan seolah-olah kesakitan itu bukan suatu perkara yang patut dihiraukan. Sejarah Sumaiyyah bermula di Kota Mekah ketika Islam baharu bertapak. Mereka yang beriman pada Allah akan dijadikan mangsa siksaan kaum musyrikin.

Pada Sumayyah, sekali pun dirinya digantung dan dijemur di tengah panas terik matahari, namun tidak sedikit pun mengurangkan keimanannya. Malah, semakin kuat keteguhan hatinya walaupun disakiti ketika ditikam dengan pedang.

Sejarah Sumaiyyah luar biasa. Itulah yang namanya iman. Akidah tidak boleh sedikit goyah. Malah, dugaan musuh tidak perlu ditangisi mahupun dikesali. Semuanya kehendak Allah.

“Sabarlah keluarga Yassir, sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu”. Begitulah dituliskan dalam lirik lagu Sumaiyyah, nyanyian Hijjaz yang diangkat dari kisah benar.

Bukan sebarangan manusia yang mengucapkan kata-kata itu. Seorang Nabi dan Rasul yang benar mengakui akan kehebatan iman keluarga Sumaiyyah dan suaminya Yasir.

Malah, orang kafir pun mengakui akan kebenarannya dan mengucapkan kata-kata itu ketika melihat betapa azabnya Sumaiyyah dan keluarganya disiksa.

Bermula dengan pemulauan terhadap umat Islam di Makkah, mereka diseksa pula dengan kejam.

Sebilangan besar umat Islam pada masa itu terdiri daripada golongan hamba. Ini memudahkan mereka menjadi sasaran seksaan kaum kafir yang menguasai mereka.


Setiap keluarga dan individu yang memeluk Islam diseksa kerana mempertahankan syahadah. Antaranya Sumaiyyah, suaminya Yassir bin Ammar dan anak mereka Ammar bin Yassir.

Keteguhan iman mereka amat hebat sehingga menjadikan Sumaiyyah wanita pertama yang syahid kerana mempertahankan akidah.

Sebagaimana dengan janji Allah, setiap hambaNya yang syahid di jalan Allah akan dimasukkan ke syurga tanpa dihisab dan sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.

Begitu juga Sumaiyyah yang terkenal kerana ketauhidan imannya.

#LaskarMalaya

Kategori