Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Tiga Negeri...

Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa...

JAS Siasat Premis Cemar...

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sebuah premis yang disyaki menyebabkan insiden...

Wajah Balu Nazrin Bersahaja...

SHAH ALAM - Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, balu kepada Ketua...

Kediaman Najib Dikawal Ketat...

KUALA LUMPUR - Laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk...

Sumber Manusia: Matlamat Kepimpinan Nabi Muhammad

“JIKA aku dapat membuat permintaan untuk memenuhkan sebuah bilik dengan apa sahaja yang aku nak, akan aku penuhkan bukan dengan harta kekayaan yang banyak, bukan juga dengan emas permata yang berkilauan, tetapi dengan Abu Ubaidah Amr Ibn Al-Jarrah dan Muadz Ibn Jabal.” – Saidina Umar al-Khattab.

Nabi Muhammad tidak meninggalkan kita dengan harta yang melimpah ruah. Baginda juga tidak meninggalkan kita dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Masjid di Madinah diperbuat daripada lumpur, berlantaikan pasir dan bumbungnya pula adalah daripada daun pohon tamar.

Jadi, apa yang Nabi Muhammad tinggalkan untuk kita sehingga baginda menjadi manusia paling berpengaruh di seluruh dunia sehingga kini?

Apa yang Baginda tinggalkan adalah Quran dan Sunnahnya. Itu pun bukan dalam bentuk buku atau mushaf, tetapi terukir di dalam hati para sahabat.

Nabi Muhammad tidak pernah fokus kepada perkara lain kecuali perkara yang berkaitan dengan didikan dan pembaikan akhlak para sahabat. Tugas Baginda sebagai pemerintah negara adalah kerja sambilan sahaja. Peranan utama Baginda di Madinah adalah mendidik para sahabat menjadi seorang pemerintah Islam yang adil, bijaksana dan bertanggungjawab.

Bermula dengan pemerintahan Khalifah ar-Rasyidinlah, empayar Islam mula berkembang dan akhirnya sampai ke benua Eropah dan Benua Asia. Akhirnya ke Tanah Melayu juga.

Justeru kita menilai semula asas sumber manusia berdasarkan kaedah Nabi Muhammad menjana akhlak para sahabat. Jika dahulu, fokus utama dalam mengukur kemajuan sesebuah negara adalah golongan-golongan pemikir dan pakar – kini isu akhlak dan kualiti sikap menjadi cabaran utama.

Rasuah dan pecah amanah serta menggunakan kuasa untukt tujuan menipulasi kepentingan diri menjadi cabaran utama membentuk sumber manusia.


Kemajuan negara masih diukur dengan angka ekonomi yang banyak dan teknologi yang berkembang pesat.

Itu salah kita kerana terlalu taksub dengan perkara-perkara materialistik yang kini mulai meruntuhkan nilai moral kita sendiri.

Jika kita diberikan peluang untuk membuat permintaan untuk membangunkan negara, apa yang akan kita minta?

#LaskarMalaya

Kategori