Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

50 Mangsa Gas Beracun...

MELAKA - Lima puluh mangsa gas beracun di Kampung Tambak Paya termasuk empat...

Kastam Sabah Sasar Kutip...

KOTA KINABALU - Kastam Sabah menyasarkan kutipan cukai berjumlah RM1.2 bilion di bawah...

Melayu Jangan Masuk Perangkap...

SEJAK negara masuk ke fasa yang disebut-sebut sebagai "Malaysia baharu" selepas Pilihan Raya...

Kes Demam Denggi Diramal...

KUALA LUMPUR - Kes demam denggi di seluruh negara diramal menjadi lebih buruk...

Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi

SEORANG suspek kes rogol dan samun yang melarikan diri dari tahanan polis berjaya ditangkap semula tidak sampai 24 jam melarikan diri dariĀ Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara petang semalam.

Suspek warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol seorang isteri berusia 34 tahun di Kampung Rantau Panjang, Klang ditangkap bersembunyiĀ di sebuah rumah di Kampung Baru Hicom, Shah Alam, kira-kira jam 7 pagi.

Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi

Baca:Ā Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun

Terdahulu, suspek berusia 27 tahun itu dilaporkan melarikan diriĀ melalui tingkap tandas IPD Klang Utara setelah berpura-pura mahu membuang air, kira -kira 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati suspek mengopak jeriji besi pada tingkap di tandas itu denganĀ mengikat seluar yang dipakainya pada jeriji besi sebelum menarik jerigi tersebut.

“Berikutan itu, polis mengadakan gerakan mengesan suspek secara besar-besaran termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) dan akhirnya suspek ditemui bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Baru Hicom, 7 pagi tadi,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Mohd Yusoff, suspek turutĀ dipercayai cuba merogol seorang wanita di kawasan Kampung Baru Hicom selepas terlepas dari tahanan polis.


“Ketika ditahan, ada penduduk kampung menyatakan suspek cuba merogol adik perempuannya di sebuah rumah di kawasan berkenaan.

“Suspek dan rakannya sepatutnya dituduh di mahkamah pada hari ini, tetapi disebabkan kes ini, kita akan tuduh mereka dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, suspek bersama rakan dilaporkan ditangkap di Plaza Tol Grand Shapadu, Klang, pada 13 Jun lalu selepas dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol wanita pada 7 Jun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori