Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

BN Yakin Rampas Semula...

SERDANG - Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri...

Bekas Anggota Polis Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas anggota polis dijumpai mati dipercayai terjatuh dari tingkat...

Pasar Malam, Kedai Gunting,...

KUALA LUMPUR - Pasar malam, pusat cuci kereta dan kedai gunting rambut dibenarkan...

Masalah Kewangan Punca Pekerja...

Ipoh : Perselisihan faham mengenai masalah kewangan dikenal pasti sebagai punca yang membawa...

Sweet Gila! Video Kejutan Birthday Tular

SATU rakaman video yang menunjukkan sambutan hari lahir seorang lelaki dengan kehadiran maskot comel berupa patung beruang telah mencetuskan sensasi di media sosial sejak Khamis.

Dalam video berdurasi 2 minit 20 saat itu, seorang lelaki berpakaian seperti anggota polis menerima kunjungan ‘tetamu istimewa’ berkostum beruang, sambil tangannya memegang helaian kertas yang tertera kata-kata ucapan.

Bagaimanapun, ucapan itu tidak diketahui isi kandungannya oleh kerana tulisan yang tertera agak kurang jelas.

Tidak lama selepas itu, seorang wanita beruniform muncul dengan sebiji kek dan lilin berbentuk nombor 26 yang mungkin menunjukkan usia lelaki tersebut.

Keletah maskot tersebut yang comel dan mencuit hati itu menyebabkan lelaki itu tidak sabar-sabar untuk mengetahui siapa di dalamnya.

Sweet Gila! Video Kejutan Birthday Tular

Beberapa kali dia cuba untuk membuka ‘helmet’ maskot tersebut, namun lelaki itu terkejut besar apabila mengetahui siapa ‘dalang’ kejutan manis itu!

Video ini pada awalnya dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @thefaizibrahim dan telah di-retweet sebanyak 22,733 kali serta menerima 15,797 ‘likes’ setakat ini.


Bagaimanapun, pemilik asal video ini tidak diketahui namun pada amatan kami, kejadian ini bukanlah berlaku di Malaysia tetapi di negara jiran berdasarkan tulisan pada lencana lelaki tersebut.

Rata-rata netizen memberikan respon positif terhadap surprise hari jadi itu kerana menganggapnya sweet dan satu usaha baik oleh pihak teman wanitanya kerana bersungguh-sungguh mahu menunjukkan kasih sayang terhadap lelaki itu.

Tak kurang juga, ada yang menggunakan peluang ini untuk tag pasangan masing-masing sambil memberi hint bahawa mereka suka karakter kartun yang sekian-sekian. LOL!

Yang comelnya, rakan-rakan lelaki itu turut membantu merealisasikan kejutan tersebut. Ini barulah semangat brotherhood! – MYNEWSHUB.CC

Kategori