Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bank Ditipu, Lulus Pinjaman...

PETALING JAYA - Penyalahgunaan identiti semakin berleluasa, malahan identiti orang mati juga disalah...

PAN Kini Sudah Capai...

PASIR PANJANG – Bekas Setiausaha Pas Negeri Selangor, Norman Toha mendakwa perpecahan yang...

Pengarah Di KPM Dilapor...

PENGARAH Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zaidi Yazid yang dilaporkan...

UMNO Kedah Tolak Kepimpinan...

ALOR SETAR - Hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan...

Tak Jadi Kahwin Dengan Penagih Sentil

NEW DELHI – Seorang pengantin perempuan sanggup tidak berkahwin daripada bersuamikan kepada seorang penagih sentil tembakau.

Akhbar Hindustan Times melaporkan, pengantin perempuan itu melihat bakal suaminya mengunyah sentil tembakau atau ‘gutka’ ketika majlis perkahwinan mereka.

Wanita dari daerah Dalan Chapara di Uttar Pradesh itu tiba di tempat majlis diadakan secara besar-besaran.

Bagaimanapun, ketika hendak memasuki dewan, dia ternampak lelaki itu mengunyah sentil tembakau, menyebabkan hatinya berubah dan serta-merta mengambil keputusan batal perkahwinannya.

Rakan dan anggota keluarganya cuba memujuk tetapi wanita itu tetap dengan keputusannya.


Keluarga pengantin lelaki membuat laporan terhadap pengantin wanita itu di balai polis berhampiran.

Apabila disoal, wanita berkenaan memberitahu polis, dia tidak mahu berkahwin dengan penagih sentil. – Agensi/myMetro Online

Kategori