Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Unjuran Inflasi Tahun Ini...

KUALA LUMPUR: Indeks harga pengguna (IHP), penanda aras utama inflasi, bagi tahun ini...

Rupanya Pelawak Maidin Meninggal...

Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai,...

Piala AFF: Misi ‘Hidup...

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan menentang...

Ruhainies Kekal ‘Hubungan’ Dengan...

BAHARU sahaja hendak bertapak di dalam industri tanah air, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada...

Tangani Ancaman Keganasan Menerusi Perang Ideologi

PUTRAJAYA – Malaysia perlu juga memenangi perang ideologi untuk menangani ancaman keganasan dan tidak semata-mata bergantung kepada keupayaan peralatan atau pasukan keselamatan sahaja, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Merujuk kepada insiden serangan pengganas baru-baru ini di Kabul, Manchester, Marawi, Manila, Jakarta dan London, Najib berkata ia adalah ancaman serius dan amat menyedihkan.

Beliau berkata walapun kejadian seumpama itu tidak berlaku di negara ini namun ancaman keganasan masih perlu ditangani.

“Alhamdulillah, setakat ini tidak berlaku di negara kita tetapi kita nak memerangi ancaman ini, bukanlah dengan alat, bala tentera, polis, kuasa-kuasa penangkapan sahaja.

“Tetapi lebih kepada kita mahu memenangi perang ideologi adalah untuk memahami apakah Islam itu sebenarnya, apakah tuntutan Islam pada kita,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra di sini hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas hadir pertama kali ke perhimpunan bulanan JPM itu sejak pelantikannya pada April lalu.

Memetik ayat al-Quran dalam Surah Al-Baqarah, Najib meminta agar peringatan Allah S.W.T. diambil sebagai panduan untuk menjadikan Malaysia aman dan sentiasa mendapat rahmat agar dapat menjalankan tugas bagi membangunkan Malaysia demi kesejahteraan rakyat.


Beliau berkata Malaysia tidak memerlukan golongan yang berpura-pura melakukan kebaikan tetapi membawa kerosakan.

Pada perhimpunan itu, Najib turut menyentuh mengenai penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman yang disifatkan satu kejayaan Malaysia.

Malaysia dan Arab Saudi bersetuju menubuhkan pusat itu bagi membanteras naratif yang dikeluarkan pihak radikal dan ekstremis semasa lawatan sulung Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia pada Februari lalu. – BERNAMA

Kategori