Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Zionis Serbu Tebing Barat,...

BAITULMUQADDIS : Tiga pejuang Palestin terbunuh ketika tentera Israel melakukan serbuan di Tebing...

Hampir Dua Tahun, Maher...

PENYANYI antarabangsa, Maher Zain, 36, mengakui dia mengambil masa yang agak panjang, menghampiri...

Kerajaan Komited Perkukuh Kewangan...

PUTRAJAYA - Kerajaan terus komited untuk mengukuhkan kewangan awam tanpa menjejaskan pertumbuhan, di...

Polis Sabah Belum Terima...

KOTA KINABALU - Polis Sabah belum menerima sebarang panggilan daripada kumpulan penculik yang...

Tarikan Baharu Di Underwater World Langkawi

LANGKAWI – Underwater World Langkawi (UWL) kini sedang menyiapkan satu tarikan baharu di sini – satu ekosistem pantai mini tiruan – yang akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.

Pengurus Besarnya Abdul Razak Abdul Aziz berkata projek itu yang bermula awal tahun ini pada asalnya dijangka siap bulan lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana halangan dalam mendapatkan flora dan fauna yang hidup.

“Kami mahu ekosistem ini seperti semula jadi seboleh mungkin dan walaupun lewat, saya yakin tarikan baharu ini akan disediakan kepada orang ramai selepas cuti Hari Raya,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran UWL malam tadi.

Sementara itu, beliau berkata UWL juga merancang mendapatkan tiga spesies anjing laut sebagai tambahan kepada dua ekor sedia ada di Aquaria di Jalan Pantai Cenang di sini.

Menurutnya kejayaan program pembiakan penguin UWL yang bermula pada 2006 telah membolehkannya membekalkan spesies Afrika Selatan dan Rockhopper ke beberapa zoo di sekitar Asia.


Abdul Razak berkata antara permintaan terkini yang diterima UWL adalah dari zoo di China dan Dubai dan Emiriyah Arab Bersatu. Sebahagian daripada mereka juga menunjukkan minat mahu melibatkan kakitangan kami yang khusus sebagai perunding.

Beliau berkata di sebalik kelembapan ekonomi global dalam tempoh dua tahun lepas yang menjejaskan pertumbuhan industri pelancongan, aktiviti UWL tidak pudar.

“Kami masih mampu mengekalkan sekitar 600,000 pelawat setahun (dalam tempoh dua tahun lepas)_,” katanya. – BERNAMA

Kategori