Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harimau Spesis Terancam Mati...

NEW DELHI - Seekor harimau daripada spesies yang terancam mati tersepit jengkaut ketika...

Siti Saleha Akui Berdebar...

HEROIN drama Nora Elena, Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharom bakal...

Petrol Untuk Motosikal Secara...

LABUAN - Pemuda UMNO Labuan menunaikan janji mereka untuk meneruskan program isi petrol...

Ranil Wickremesinghe Angkat Sumpah...

COLOMBO — Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai pemangku Presiden Sri Lanka...

Tawar Pakej Perkahwinan Jalan Atas Serpihan Kaca

SETIAP pasangan pastinya menginginkan sebuah majlis perkahwinan yang cukup indah dan sempurna mengikut tema yang dipilih masing-masing.

Antara tema perkahwinan yang sering dijadikan pilihan ialah tema fantasi, perkahwinan dalam taman dan klasik.

Namun, buat pasangan pengantin baharu yang inginkan kelainan dalam majlis mereka, satu syarikat perunding perkahwinan di Sepanyol, Wedding Glass menganjurkan kelainan dalam perkhidmatan mereka.

Lari dari kebiasaan majlis resepsi, perunding tersebut menawarkan acara pasangan pengantin baharu berjalan di atas serpihan kaca tanpa memakai kasut atau pun selipar.

Wedding Glass percaya tema berjalan atas serpihan kaca akan menjadi trend memandangkan kebanyakan orang di negara latin itu sudah bosan dengan perkahwinan bertemakan classic church dan sebagainya.

Menurut Wedding Glass, berjalan di atas serpihan kaca itu menzahirkan maksud setiap perkahwinan pasti akan ada pasang surutnya, namun dengan perasaan cinta yang mendalam di antara satu sama lain, setiap masalah yang dihadapi dalam rumah tangga pasti akan dapat diatasi. Itulah konsep yang cuba diketengahkan menerusi ritual The Crystals of Love itu.


Pengantin lelaki dan perempuan perlu berjalan di atas serpihan botol kaca dengan berkaki ayam sambil mata ditumpukan terhadap pasangan masing-masing.

Wedding Glass akan terlebih dahulu mengadakan kelas berjalan buat pasangan pengantin agar pelanggan mereka dapat berjalan lancar tanpa mengalami sebarang kecederaan ketika upacara itu dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori