Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada...

Muatan Paip Konkrit Jatuh,...

KUALA LUMPUR - Muatan batang paip konkrit yang dibawa sebuah lori terjatuh dan...

Banjir Di Terengganu Hampir...

KUALA TERENGGANU - Cuaca baik sepanjang hari di Terengganu terus menyaksikan penurunan ketara...

4PM Selesaikan 611 Kes...

KUALA LUMPUR - Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) menerima hampir 1,000...

Tempoh Moratorium Bauksit Dilanjut Hingga 31 Dis

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama Kerajaan Pahang bersetuju melanjutkan tempoh moratorium terhadap perlombongan dan eksport bauksit sehingga 31 Dis tahun ini untuk mengurangkan jumlah bauksit dalam stok simpanan.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan hari ini berkata beliau berharap lanjutan tempoh itu akan membolehkan bauksit dalam simpanan dikeluarkan secara terkawal berpandukan garis panduan yang ditetapkan kementerian.

Beliau berkata lanjutan moratorium itu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi sebagai tindakan terhadap aktiviti perlombongan haram yang dilakukan di tanah  persendirian serta oleh syarikat yang tidak mengikut garis panduan sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar.

“Saya akan meminta agensi-agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap perlombongan haram di tanah-tanah persendirian dan syarikat yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata stok simpanan bauksit di luar pelabuhan Kuantan pada peringkat awal pelaksanaan moratorium pada 27 Nov 2015 adalah 5.4 juta tan metrik, namun tinjauan terkini oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan pada April lalu mendapati terdapat pertambahan pada stok tersebut.


“Dalam hal ini, pihak kementerian bersama kerajaan negeri Pahang akan mencari kaedah terbaik dalam menangani isu ini secara tuntas.

“Sehingga 8 Jun 2017, sebanyak 5.8 juta tan metrik bauksit telah dieksport keluar melalui kedua-dua Pelabuhan Kuantan, Pahang dan Kemaman, Terengganu,” katanya. – BERNAMA

Kategori