Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guru IT Hantar WhatsApp...

TAWAU - Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) menjadi orang pertama di Malaysia...

Dari Mana Asal Soto?

SOTO bukan sepenuhnya berasal dari Indonesia.Ia sebenarnya adalah hasil percampuran budaya makan masyarakat...

Turki Perkenal Pakaian Seragam...

ANKARA - Pengganas atau suspek kudeta diwajibkan memakai pakaian seragam khas ketika menghadiri...

Guna RM5 Bilion Dana...

PUTRAJAYA - Penggunaan dana RM5 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk...

Tengku Abdullah Lancar Program & Bangunan Cintaa

RAUB – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan merasmikan program dan bangunan Center Of Innovation Tengku Ampuan Afzan (Cintaa) di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan (RuKTAA) di sini.

Program itu, hasil inisiatif Badan Amal Kasih Sayang Malaysia (Bakasa), bertujuan memupuk budaya berinovasi dalam kalangan pelajar miskin dan kurang bernasib baik terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar.

Selain itu, ia bertujuan melahirkan generasi celik inovasi dan membudayakan sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) dalam kalangan mereka.

Dalam ucapannya, Tengku Abdullah bertitah program seperti itu dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kepakaran teknologi dan elektronik dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar.

“Hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Apa yang diusahakan ini merupakan satu platfom yang dapat memastikan mereka celik ilmu dan dapat berdaya saing,” titah baginda.

Turut berangkat hadir Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah lskandariah.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Yang Dipertua Bakasa Tengku Puteri Seri Teja Pahang Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah juga menghadiri majlis itu.


Tengku Abdullah turut berharap program itu dapat diperluaskan ke daerah lain di negeri ini .

Sementara itu, Tengku Muhaini berkata pihaknya menjalinkan kerjasama Universtiti Teknikal Melaka (UTEM), Sekolah Al Amin, dan A-Amin Edu Niaga dalam melaksanakan program Cintaa.

” Menerusi program ini, kita memperkenalkan mikrobit yang juga projek pendidikan dari United Kingdom bagi mencetuskan kreativiti digital dan memupuk pembudayaan inovasi bidang teknologi kepada kanak-kanak di Raub,” katanya.

Program itu diadakan di Kolej Komuniti Raub dengan membabitkan 60 anak RuKTAA dengan kelasnya bermula selepas sambutan Aidilfitri. – BERNAMA

Kategori