Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

45 Bangunan Musnah Kebakaran...

LOS ANGELES - Kebakaran berhampiran Taman Negara Yosemite, yang memaksa lebih 5,000 penduduk...

Hebat, Kedai Aksesori Telefon...

Baru-baru ini isu pergaduhan di Plaza Low Yat telah membuka mata ramai pihak...

Kecoh 52 Peserta Digugur...

KUALA LUMPUR - Seramai 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir...

Jambatan Bako Dijadual Siap...

KUCHING - Projek jambatan bernilai RM41.2 juta yang merentangi Sungai Bako di Kampung...

Tentera Filipina Maut Dalam Serangan Udara Marawi

SERAMAI 10 anggota tentera Filipina dilaporkan maut akibat serangan udara yang mensasarkan kumpulan militan dalam pertempuran  di Marawi.

Lapan tentera juga dilaporkan mengalami kecederaan dalam serangan pada Rabu itu, menurut  Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana.

Sejak seminggu lalu, lebih 100 nyawa terkorban dalam  pertempuran antara pihak tentera dan kumpulan militan di bandar berkenaan.

Ia tercetus selepas pihak tentera Filipina cuba untuk menahan pemimpin kumpulan berkenaan.

“Semalam kita berdepan dengan tragedi membabitkan anggota kita di mana sekumpulan anggota terkena serangan udara yang dilancarkan oleh pihak kita sendiri.

“Dalam serangan yang mensasarkan kumpulan militan itu, 10 anggota kita maut manakala lapan orang lagi cedera,” katanya memetik laporan BBC.


Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di selatan kepulauan Mindano di mana terletaknya bandar Marawi.

Pihak tentera Filipina dilihat menggunakan pasukan bersenjata dan serangan udara menggunakan helikopter untuk mengusir kumpulan militan luar dari bandar berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=QOgdtcZuyg4

Kategori