Tuesday, July 2, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang Timur...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer...

LTdL 2018 Beri Impak...

KANGAR - Pemilihan Perlis sebagai destinasi permulaan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL)...

Petugas Media Dapat Perhatian...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 50 petugas media yang ‘berkampung’ di dua pintu di...

Jurulatih Tempatan Bakal Bimbing...

GEORGE TOWN - Selepas tamat saingan Liga Super 2016, secara automatik perjanjian antara...

Thai AirAsia X Peroleh Semula Keselamatan ICAO

BANGKOK – Thai AirAsia X yang juga syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh pertama Thailand, telah memperoleh pengesahan semula standard keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ia beserta satu lagi syarikat penerbangan NokScoot, menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) berkenaan dalam satu majlis yang dihadiri oleh Menteri Pengangkutan Arkom Termpittayapaisith dan Ketua Pengarah CAAT Chula Sukmanop.

Menurut Sukmanop, Thai AirAsia X dan NokScoot merupakan syarikat penerbangan keempat dan kelima menerima AOC semula dan mencatat detik bermakna kerana kedua-duanya mengendalikan penerbangan antarabangsa.

“NokScoot dan Thai AirAsia X mewakili industri penerbangan Thailand di peringkat global yang serba kompetitif. Sehubungan itu, kita berharap kemampuan mereka memperoleh sijil itu dapat meningkatkan keyakinan kedua-dua syarikat itu serta penumpang warga asing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat ini, CAAT telah menganugerahkan AOC kepada lima syarikat berdaftar di Thailand, merangkumi kira-kira 77 peratus laluan antarabangsa yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan terbabit.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia X, Nadda Buranasiri menyifatkan kejayaan mendapat AOC itu sebagai paparan tahap standard syarikat penerbangan itu khususnya kepentingan keselamatan yang menjadi teras perkhidmatannya.

“Kakitangan kami di semua jabatan telah mematuhi standard amalan keselamatan tertinggi sejak memulakan operasi komersial pada 2014,” katanya. – BERNAMA

Kategori