Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam...

Tiba Masa Pengundi Dun...

KUALA NERUS - Sudah tiba masanya masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit...

Seram….Kerusi Awam ‘Bikin Malu’...

Bayangkan jika setiap kerusi awam di negara ini dipasang siap dengan alat penimbang...

Projek MRT Laluan 1...

KUALA LUMPUR - Projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Laluan Satu (1) yang...

Thailand Tahan Lelaki Disyaki Bom Hospital Tentera

BANGKOK – Seorang bekas jurutera di syarikat milik negara, yang membuat pengakuan kepada polis Thailand bahawa “saya tidak suka askar”, ditahan kerana disyaki terlibat dengan kejadian letupan bom di Hospital Pramongkutklao yang dikendalikan tentera bulan lepas.

Selepas ditangkap di daerah Bang Kruai, Nonthaburi pagi semalam, lelaki berusia 62 tahun itu membawa pihak berkuasa ke rumahnya di daerah Bang Khen di mana para penyiasat menemukan beberapa bom paip dan bahan membuat bom termasuk PVC dan paku.

Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyi kaitan dengan tiga kejadian letupan bom lain di bandar raya ini sejak 2007.

Seorang wanita, disyaki teman lelaki itu, juga ditahan berhubung kejadian letupan bom di hospital berkenaan, yang menyebabkan 21 orang cedera.

“Agensi berkenaan sedang menyiasat kes ini, tetapi, yang pasti, dialah (suspek) yang melakukannya (meletakkan bom). Pihak berkuasa juga sedang menyiasat motif di sebalik kejadian itu,” kata Timbalan Perdana Menteri Jeneral Prawit Wongsuwan kepada pemberita di Rumah Kerajaan di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek wanita berkenaan pula sedang disiasat kerana disyaki turut memainkan peranan dalam kejadian letupan bom itu.

Menurutnya suspek lelaki itu mungkin bersubahat dengan beberapa rakan lain untuk meletupkan bom di hospital berkenaan.


Prawit, yang juga Menteri Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, berkata pihak berkuasa mengambil sedikit masa untuk menahan lelaki itu kerana mereka perlu meneliti rakaman banyak kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Menjawab soalan sama ada letupan bom di hospital itu akan diklasifikasikan sebagai kejadian keganasan, beliau berkata siasatan lanjut perlu dilakukan sebelum keputusan dibuat berhubung aspek itu.

Letupan bom di hospital itu, yang popular dalam kalangan anggota serta pesara tentera dan penduduk tempatan, dikutuk masyarakat sivil dan pertubuhan hak asasi manusia dengan kebanyakan mereka menyifatkannya sebagai tindakan keganasan.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Mejar Jeneral Kongcheep Tantravanich dalam satu kenyataan berkata lebih 40,000 lagi CCTV akan dipasang di seluruh negara sebagai tambahan kepada 300,000 CCTV yang beroperasi sekarang.

Majlis Keselamatan Negara akan membincangkan isu penambahan CCTV itu pada mesyuaratnya kemudian, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bom

Kategori