Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kemuliaan Hati Zamani –...

Orang kata... kalau kita memaafkan seseorang yang berbuat salah kepada kita, air muka...

Tewas Di Laman Sendiri,...

ANAK buah Antonio Conte gagal menyekat Bournemouth di Stamford Bridge pada aksi Liga...

Tidak Patuhi Had Laju...

BANGI - Ketiadaan laluan melintas di sekolah dan pemandu tidak mematuhi had laju...

Video Viral: Lelaki Ini...

KISAH pelayaran seorang pemuda, Guirec Soudee, 24, bersama seekor ayam betina bernama Monique sejak...

Tindakan Ke Atas Qatar Mengejutkan – Menteri Luar

DOHA – Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani terkejut dengan tindakan terbaru dikenakan ke atas Qatar oleh tiga negara Arab, seolah cuba mewujudkan sekatan terhadap rakyat dan negara serta beranggapan ia umpama satu hukuman secara kolektif, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Dalam temu bual dengan BBC pada Selasa, beliau tertanya-tanya mengapa negara berkenaan percaya Qatar menyebelahi Iran.

Tambahnya semua pihak terlibat inginkan hubungan positif dengan Iran dan tidak mahu mewujudkan ketegangan dengan mana-mana pihak serta menyelesaikan pertikaian melalui dialog selaras dengan prinsip diterima pakai Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Menteri Luar itu berkata, menerusi pertemuan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, kedua-dua pemimpin ada membincangkan mengenai dakwaan Qatar membiayai aktiviti keganasan.

“Kami memberitahu kepada beliau (Presiden AS) dengan jelas, jika terdapat sebarang dakwaan ia perlu dibincangkan untuk mencari jalan penyelesaian,” kata Sheikh Mohammed.


Tambahnya, pihak Qatar memberi jaminan kepada Trump dakwaan itu berdasarkan laporan media semata-mata.

Beliau berkata tiada sebarang bukti menunjukkan Qatar menyokong gerakan radikal Islam dan agensi rasmi kerajaan AS sebaliknya memuji usaha Qatar dalam memerangi keganasan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • QATAR

Kategori