KUALA KLAWANG – Tujuh puluh anak yatim dan fakir miskin dari beberapa kampung di sini menerima sumbangan duit raya sempena Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Sumbangan disampaikan Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Klwang Datuk Yunus Rahmat dan Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan Tenaga Nasional Bhd (TNB) Negeri Sembilan Wan Ishak Soed sempena Majlis Ihya Ramadan anjuran TNB di perkarangan Masjid Kariah Bunga Tanjung, Kampung Tembun, dekat sini.
“Diharap dengan bantuan dan sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka menyambut Ramadan dan Syawal, yang akan datang dengan ceria,” katanya.
Selain itu, pihak TNB turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM2,000 kepada pihak jawatankuasa masjid. – BERNAMA