Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anjing Diwarnakan, Pemilik Terima...

SEORANG wanita mendedahkan dia mewarnakan anjingnya baka Great Dane, malah kukunya dicat semata-mata...

PRN Sabah Sumbang Penularan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tidak...

Hujan, Ribut Petir Diramal...

KUALA LUMPUR - Hujan dan ribut petir dijangka berlaku di kebanyakan negeri terutama...

Mesyuarat Khas Menteri Luar...

KUALA LUMPUR - Menteri-Menteri Luar ASEAN dan China, akan bertukar pandangan mengenai kerjasama...

Tradisi Pelita Raya Hiasi Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Mengimbas suasana tradisi menjelang Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi, 500 pelita menghiasi sebahagian Dataran Merdeka sempena Malam Tujuh Likur@Dataran Merdeka bermula malam ini sehingga 24 Jun.

Pengurus Besar Biro Pelancongan Kuala Lumpur Khairul Anuar Mhd Juri berkata pemasangan deretan pelita di bahagian belakang dataran itu adalah penganjuran kali ketiga, yang bertujuan menyemarakkan semula keunikan budaya Melayu terutamanya kepada pelancong asing.

“Menjadi tradisi orang Melayu memasang lampu pelita ketika Ramadan terutama pada 10 malam terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Namun tradisi ini semakin dilupakan terutamanya di bandar seperti di Kuala Lumpur, jadi kita harap program ini akan mengembalikan nostalgia malam tujuh likur ini, ” katanya kepada Bernama selepas merasmikan acara tersebut.


Selain pemasangan pelita, Khairul Anuar berkata suasana Dataran Merdeka juga dimeriahkan dengan acara Iftar@KL 2017 pada setiap hujung minggu sepanjang Ramadan ini.

Katanya program berbuka puasa secara beramai-ramai itu setakat hari ini menarik lebih 60,000 orang termasuk pelancong dari luar negara. – BERNAMA

Kategori