Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Penghantar Makanan Bakar Kereta...

Petaling Jaya : Penghantar makanan yang tular di TikTok kerana membakar kereta polis...

Malaysia Cadang Kecualikan Bayaran...

MUMBAI - Malaysia bercadang untuk tidak mengenakan bayaran visa terhadap rakyat India yang...

NYPD Hina, Buli Anggota...

NEW YORK - Seorang anggota polis wanita Islam memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan...

Perceraian Termahal Dunia Libatkan...

IA merupakan perceraian termahal di dunia. Apa tidaknya, seorang hartawan di Rusia akhirnya...

Tukar Pengurusan Lapuk Demi Masa Depan Proton!

TAHNIAH! PM nampak sangat gembira dan lega dengan kerjasama DRB-Hicom dan Zhejiang Geelly dalam menyelesaikan masalah Proton.

Proton sudah menjadi beban kerajaan sejak 2015 berikutan isu kekurangan aliran tunai.

Selepas kegagalan ketara semua model-model mutakhir yang dilancarkan, jelas kelihatan Proton sudah langka dan tidak kompetitif. Tanpa kerjasama Zhejiang Geely, masa depan proton ialah muflis.

Selain itu Proton kelihatan langsung tidak berusaha membebaskan diri akibat belenggu dianggap kereta yang tingkat autonya mudah rosak.

Kini Proton melangkah ke pentas global. Itu nasib baik dengan menempel pada reputasi Zhejiang Geely. Kerjasama dengan gergasi automobil China akan menjadikan Proton sebagai hab pengeluaran global model kereta pemanduan kanan Geely.

Ini sesuatu yang tidak akan mampu dicapai oleh kumpulan pengurusan Proton sedia ada tanpa rakan kongsi straregik.

“Proton sudah menemui rakan yang paling sesuai. Dengan memanfaatkan teknologi dan kepakaran Geely, Proton kini sudah bersedia untuk menghadapi cabaran mendatang,” kata PM pada majlis pemeteraian perjanjian definitif antara DRB-Hicom dan Zhejiang Geely di sini hari ini.

Proton sebelum ini berdepan masalah dan kerajaan membantu pembiayaan 2016.

“Pelbagai persoalan timbul mengapa Proton dibantu (kerajaan), walhal ia adalah syarikat swasta. Realitinya, keadaan (Proton kian suram. Namakan saja apa model perniagaan sekali pun, ia tidak berdaya tahan untuk dilaksanakan dalam tempoh jangka panjang.


“Ia juga dipengaruhi impian tidak realistik yang panjang dan kekurangan kefahaman komersial membabitkan bekas ketua penguji. Ini kerana, ‘beliau’ mahu Proton menjadi 100 peratus milik Malaysia dan mahu melihat syarikat automotif itu rugi ratusan juta ringgit pada setiap tahun.

“Itu (kerugian) membabitkan wang rakyat. Oleh itu, adalah tidak bertanggungjawab jika model perniagaan lama diteruskan dan menyebabkan kegagalan,” kata PM.

Ini teguran serius. Bunyinya makan dalam tetapi itulah realiti.

Proton memerlukan reformasi pengurusan. Pasukan sedia ada dibarisi banyak muka lama yang lapuk dan sudah tidak ada idea. Sekadar memiliki haluan baharu tetapi dengan krew yang sama tidak menjadikan Proton kompeten. Pasukan pengurusan adalah pencatur penting; melindungi pengurusan lama hanya akan meletakkan Proton kekal pada takuk lama.

Proton kena ubah dan berani bertindak realistik dengan menukar sebilangan besar pengurusan kanan yang selama ini menjadi sebahagian daripada kegagalan syarikat itu.

Barulah impian PM akan tercapai seperti yang diharapkan:

“Langkah strategik itu dibuat supaya Proton boleh berdikari dan tidak lagi bergantung sepenuhnya atas bantuan kerajaan.”
-MYNEWSHUB.CC

Kategori