Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Suruhanjaya Islam-Kristian Beri Amaran...

RAMALLAH - Suruhanjaya Islam-Kristian yang menyokong Baitulmaqdis dan tempat-tempat suci memberi amaran kepada...

VIDEO: Pendaki Kongsi Pengalaman...

SEORANG pendaki Gunung Kinabalu, Jacky Teh yang berjaya menawan puncak gunung tertinggi Asia...

TMP 2017: Jumlah Kehadiran...

KUANTAN - Jumlah kehadiran pelancong di enam lokasi utama tarikan pelancong di Pahang...

Miley Cyrus Fokus Nyanyian,...

BINTANG sensasi kelahiran Disney, Miley Cyrus memberitahu bahawa dia semakin pulih daripada ketagihan ganja...

Tukar, Pindah Baki Kad MyRapid Sebelum 15 Julai

KUALA LUMPUR – Dengan pembukaan rasmi laluan MRT Sungai Buloh-Kajang pada 17 Julai ini, pemegang kad MyRapid diminta untuk menukar dan memindahkan baki kad mereka kepada MyRapid Touch ‘n Go (TnG) sebelum 15 Julai.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan berkata, ia bagi memudahkan perjalanan antara laluan Mass Rapid Transit (MRT) dan kereta api lain serta rangkaian bas Rapid KL memandangkan kad MyRapid sedia ada akan ditamatkan penggunaannya selepas 15 Julai ini.

Proses pemindahan yang bermula esok (15 Jun), melibatkan kad MyRapid biasa dan kad konsesi MyRapid, termasuk untuk warga tua, pelajar dan orang kurang upaya (OKU).

“Bagi kad MyRapid biasa, pelanggan boleh menukar kad mereka di semua Pejabat Perhubungan Pelanggan Rapid KL stesen LRT, Monorail dan transit bas rapid (BRT) kecuali Stesen Abdullah Hukum. Penukaran boleh dibuat pada waktu stesen beroperasi,” menurut kenyataan tersebut.

Bagi kad konsesi pula, penukaran hanya boleh dibuat di kaunter kad konsesi di stesen bas Pasar Seni kerana pemegang kad perlu mengisi beberapa borang berkaitan dan mengambil gambar untuk pengesahan identiti.

“Pemindahan kepada kad MyRapid TnG adalah percuma dengan baki dalam kad sedia ada dipindahkan kepada kad baharu. Bagaimanapun, baki perlulah lebih daripada RM5 kerana ia sudah ditetapkan oleh sistem,” katanya.


Bagi pengguna kad yang melanggan pakej Smart 7, Smart 30 dan MyRapid Bus 30, mereka masih boleh menikmati pakej yang sama menerusi kad MyRapid TnG.

Bagaimanapun, pengguna pakej ini tidak boleh memindahkan baki hari, maka mereka dinasihatkan untuk menghabiskan ia sebelum tukar kepada kad baharu.

Bagi pengguna kad MyRapid di kemudahan Park n Rides di Stesen LRT Gombak dan Ampang, mereka masih boleh menikmati kadar tetap RM4 sekali masuk apabila menaiki LRT, Monorel dan BRT menggunakan kad MyRapid TnG.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.myrapid.com.my atau tulis kepada [email protected] atau hubungi Pusat Rapid KL di 03-7885 2525 pada waktu pejabat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • rapid

Kategori