Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JBPM Sabah Siap Siaga...

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah tetap bersiap siaga...

Tiada Kes Jangkitan Penyakit...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada kes jangkitan penyakit Nipah yang berlaku...

YDPA Berangkat Ke Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini menghadiri Mesyuarat...

Agong Zahir Ucapan Selamat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

Uber, Grabcar: Lebih Daripada Khidmat Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Secara jujur, saya memang tidak suka memandu di bandar raya yang sentiasa sibuk ini, terutama pada waktu puncak yang begitu menyeksa jiwa antara 6 petang hingga 9 malam pada hari biasa.

Oleh itu, saya terkenang kepada kegembiraan yang dirasai apabila mendapat tahu bahawa Uber yang dikenali ramai itu akan memulakan perkhidmatannya di bandar raya ini ketika saya akan melangkah masuk ke alam pekerjaan di Jalan Tun Razak kira-kira 17 bulan lepas.

Sejak itu, malah, apabila saya perlu ke sesuatu tempat yang entah di mana serta begitu asing bagi diri saya, Uber dan Grabcar, yang diperkenalkan kepada saya tidak lama kemudian, akan segera hadir di fikiran saya untuk dibuat perbandingan tentang kadar tambang antara kedua-duanya.

Sebagai seorang yang boleh dikatakan jenis pendiam tetapi mudah mesra, saya rasa amat gembira dan bertuah kerana berpeluang berbual dengan pemandu pengangkutan itu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kehidupan.

Antara perkara yang amat saya hargai ketika menggunakan dua perkhidmatan itu ialah peluang untuk berbual dengan seorang ‘uncle’ berbangsa Cina yang begitu mesra dan cekap memandu dalam kesesakan lalu lintas pada waktu puncak di Petaling Jaya.

Juga seorang pemandu sambilan berbangsa India yang perlu mencari wang tambahan untuk memikat hati dara pujaannya dan seorang pemuda Melayu yang sanggup bersusah payah memastikan saya sampai ke tempat yang hendak dituju dengan selamat.

Saya tidak ragu-ragu untuk menyatakan bahawa perbualan dan pengalaman berharga itu tidak akan saya rasai sekiranya saya tidak menjadi pelanggan setia kedua-dua perkhidmatan tersebut.


Ternyata, perkara berkaitan kaum yang dianggap begitu sensitif, tidak pernah menjadi topik perbualan antara saya dengan pemandu berkenaan dan kami bercakap tentang apa saja -, daripada keadaan cuaca yang sukar diramal, hinggalah kepada makanan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selalunya, perbualan akan bermula dengan pertanyaan mesra “Hi, Cik Anis ke? dan apabila saya menjawab, ya, perbualan yang berlangsung kemudiannnya akan berakhir dengan “Terima kasih, Cik” ketika saya melangkah turun daripada kenderaan.

Entahlah!  Rasa saya perkara berkaitan kaum dan agama tidak begitu terasa kehadirannya dalam kenderaan yang ditumpangi dan seolah-olah peristiwa ketegangan kaum yang berlaku baru-baru ini, tidak pernah wujud pun…

Semuanya seperti Malaysia yang saya tahu dan amat saya hargai sejak sekian lama. – BERNAMA

Kategori