Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kementerian Luar Amal Perbelanjaan...

SHAH ALAM – Kementerian Luar tidak akan berbelanja secara boros, sebaliknya mengikut had...

22 PATI Termasuk Sembilan...

ALOR SETAR - Sebanyak 22 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI termasuk sembilan wanita...

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan...

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Microsoft Malaysia...

Diganggu Pengkid, Che Ta...

HA, siapa pulak lah yang buat Che Ta bengang ni... Tak pasal-pasal pelakon...

Umat Islam Perlu Pamer Nilai Murni Dan Terpuji

KUALA LUMPUR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu umat Islam sentiasa mempamerkan nilai murni dan terpuji bagi memastikan agama suci itu sentiasa dipandang tinggi oleh penganut agama lain.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah sikap, akhlak dan dan amalan terpuji adalah dakwah yang paling berkesan malah dalam hal tertentu ia lebih baik berbanding perkataan atau kata-kata.

Menurut siaran media MAIPs, baginda bertitah demikian ketika merasmikan majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Sabah 2017 bertemakan ‘Journey To Jannah’ di Dewan Tun Sakaran di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun dan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Baginda juga menyeru agar masyarakat Islam menyantuni saudara baru dan orang bukan Islam secara berhemah kerana ia merupakan dakwah yang berkesan.

Dalam usaha membawa mesej kepada bukan Islam, Tuanku Syed Faizuddin mahu umat Islam membawa mereka mendekati keindahan Islam ketika era Islamophonia ini.

“Sekalipun mereka tidak menerima Islam tetapi sekurang-kurangnya mereka menghormati, menghargai dan memandang tinggi kepada Islam,” titah baginda.


Pada majlis itu baginda yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor turut menyerahkan sumbangan MAIPs berupa dua generator untuk Kampung Silungai dan Kampung Sumatalun Papalungan.

Baginda turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM323,895.40 untuk program pembangunan dakwah HCF yang merupakan sebuah yayasan dakwah, bimbingan dan sokongan saudara baharu yang mempunyai 27 cawangan di seluruh negara.

Sumbangan kewangan itu diterima oleh Pengerusi Hidayah Centre Foundation (HCF) Nicholas Sylvester Mohammad Abdullah.

Majlis itu anjuran bersama (HCF), Pertubuhan IKRAM Malaysia dan TH Hotel Kota Kinabalu. – BERNAMA

Kategori