Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Insiden Kuil: India Sokong...

PUTRAJAYA - Kerajaan India menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan yang diambil oleh kerajaan...

Pelajar KAYM Teruja Berbuka...

PUTRAJAYA - Setiap kali ketibaan bulan Ramadan, pelbagai program berbuka puasa dianjurkan Kolej...

Polis Pantau Kegiatan Militan...

IPOH - Polis Perak sentiasa memantau kegiatan orang awam di negeri ini bagi...

Kanak-Kanak Yang Ditinggal Di...

SUDAH empat hari berlalu, namun kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditinggalkan di kawasan...

Ummi Nazeera Sudah Mula Edar Kad Kahwin

HARI bahagia pelakon Ummi Nazeera nampaknya bakal berlangsung dalam masa terdekat ini apabila dia sudah mula mengedarkan kad majlisnya itu.

Perkara tersebut turut dimuat naik menerusi dalam Instagram miliknya beberapa hari lalu.

Kad undangan itu juga menjadi perhatian peminat yang memuji reka bentuknya yang eksklusif iaitu warna putih dan hitam, selain edisi berwarna emas serta corak bunga mawar dari rona sama.

Baca: Ummi Nazeera Bernikah Selepas Aidilfitri

Apa yang lebih unik, kad itu turut memaparkan gambarnya bersama bakal suami yang diambil ketika majlis pertunangan mereka pada tahun lalu.

Bismillah .. Officially giving out the invitation cards today . Semoga semua Selamat Doakan pls… #MrImissesU

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Para peminat turut sama gembira dan mendoakan kebahagiaan Ummi dengan bakal suaminya, Dr. Mohd Izzar Anwari, selain berharap majlisnya berjalan dengan lancar.

Ummi dan Mohd Izzar bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 3 Ogos depan dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.


Manakala kenduri di sebelah pihak pengantin perempuan akan diadakan dua kali iaitu pada 5 Ogos dan 12 Ogos 2017.

Pada 11 Disember 2016, Ummi mengejutkan peminat apabila melangsungkan pertunangan dengan Dr. Mohd Izzar pada sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya.

Pasangan itu diperkenalkan ibu pemuda itu pada 29 Januari 2016 dan mengakui tertarik dengan jejaka berusia 30 tahun itu kerana dia berani menerima pelawaan untuk datang ke rumah dan bertemu ibunya, Datuk Seri Maziah Musa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori