Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

4 Negeri Di Semenanjung...

TUARAN - Empat negeri di Semenanjung merekodkan bacaan suhu paling tinggi semalam berikutan...

Zahid Masih Deejay Radio...

PENGLIBATAN penyanyi Zahid sebagai penyampai radio di Era FM selama empat tahun sebenarnya...

Gempa Bumi Lemah Berlaku...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter berlaku di...

Nuri Masih Berguna Tugas...

KUALA LUMPUR - Penggunaan helikopter Nuri masih relevan dan diperlukan oleh Tentera Udara...

Detik Cemas Ular Berusaha Panjat Masuk Rumah

VIDEO dramatik seekor ular tedung yang cuba memasuki sebuah rumah di Batu Pahat, Johor telah menjadi tular di media sosial.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Derrick Yi Fan memuat naik video tersebut di laman Facebooknya dan telah menerima lebih 4 juta kali tontonan setakat ini.

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit itu, ular tedung tersebut kelihatan amat agresif dan sedaya upaya cuba untuk masuk ke dalam rumah.

The Star melaporkan, Derrick amat terkejut ketika terserempak dengan haiwan berbisa itu namun ketika kejadian mujurlah tiada sesiapa di dalam rumahnya.


Ular itu yang dianggarkan sepanjang lapan kaki itu kemudian dilihat memanjat jeriji pintu dan cuba memasuki menerusi lubang udara pada rumahnya.

Pihak bomba terus dihubungi bagi menangkap haiwan berbisa itu. Walaupun berdepan dengan kesukaran untuk mencarinya di dalam rumah, akhirnya ular tedung sepanjang lapan kaki itu berjaya ditangkap. -MYNEWSHUB.CC

Kategori