Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pasport Tengku Adnan Dikembalikan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Menteri...

Aidilfitri: Diskaun Tol 50...

PROJEK Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) memberi diskaun tol...

KPDNHEP Lancar 3 Logo...

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan tiga...

Kanak Kanak Maut Dilanggar...

MENYEDIHKAN apabila seorang kanak-kanak lelaki maut pagi raya lalu kerana dilanggar sebuah kenderaan...

Video Ultraman Menari Lagu Raya Dicela

HARI Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berjaya menahan lapar dan dahaga sepanjang Ramadan.

Bagi meraikan hari kemenangan ini, banyak lagu-lagu raya dihasilkan bagi menambahkan kemeriahan mood raya.

Banyak lagu raya nostalgia dan malar segar sering kali dialunkan dan menjadi kewajipan dimainkan di corong-corong radio dan pusat membeli-belah.

Antara yang menjadi kegemaran pastinya lagu Selamat Hari Raya nyanyian Allahyarhamah Sharifah Aini, Dendang Perantau (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee), Sesuci Lebaran (Datuk Siti Nurhaliza) dan Satu Hari Di Hari Raya (Datuk M. Nasir).

Namun kesucian lagu-lagu raya telah dicemari dengan perbuatan ‘kreatif’ sesetengah pihak yang seolah-olah menghina perayaan Aidilfitri itu sendiri.

Bagi individu yang mengedit video tarian Ultraman sedang menari lagu raya dalam aksi penuh ghairah ini pastinya dia mempunyai kosong pengetahuan dalam mendalami erti-erti serta semangat raya yang sepatutnya diaplikasikan olehnya.


Dengan mengedit video seperti ini, mungkin sekali pandang, nampak macam lawak, tapi macam tak berapa sesuai pula.

Tindakan mereka yang menghasilkan video klip ini sama sekali tidak memikirkan sensitiviti umat Islam sekali gus mungkin telah menyinggung perasaan sesetengah pihak di luar sana. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori