Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rancangan Realiti Gadis Berbikini...

TOKYO - Sebuah rancangan realiti yang memaparkan sekumpulan gadis memakai bikini dan boleh...

Kerjasama Strategik Perlu Untuk...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya kerjasama strategik antara agensi kerajaan...

Penuntut Malaysia Diusir Bimbang...

PERTH - Seorang penuntut Malaysia kecewa apabila diusir pemilik rumah sewanya di barat...

Pasangan Pengantin Paling Tua...

LONDON - Tiada masa khusus yang boleh dianggap terlalu lambat untuk berkahwin. Senang...

Visit Pahang Century Ride 2017 Tarik Pelancong

KUANTAN – Kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Visit Pahang Century Ride 2017 (VIPCR17) dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini menerusi acara sukan berbasikal.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata acara itu sebelum ini dikenali sebagai Kuantan Century Ride (KCR), namun ditukar kepada VIPCR17 bersempena Tahun Melawat Pahang tahun ini.

Menurutnya VIPCR17 masih lagi mengekalkan konsep KCR iaitu kayuhan santai dengan melalui kawasan pelancongan menarik di tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Maran.

“Kayuhan akan melibatkan perjalanan sejauh 167 kilometer melalui tiga daerah dan kawasan pelancongan yang menarik seperti penempatan Orang Asli, pesisir Sungai Pahang, Pusat Rekreasi Che Minah Sayang, Bandar Back To Nature Maran dan tidak ketinggalan Bukit Gambang Resort City.

“Kesemua laluan ini merupakan kawasan pelancongan eko, agro dan alam semulajdi yang nyaman dan seronok dinikmati melalui kayuhan santai,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Induk VIPCR17 dan majlis penyerahan tajaan di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Pahang) Datuk Idros Yahya, Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Tourism Malaysia Pahang Mohd Faharuddin Hatmin.


Bersesuaian dengan penganjuran acara dalam bulan Syawal, Mohd Sharkar berkata pihaknya turut merancang untuk mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan peserta dihidangkan pelbagai juadah istimewa di satu daripada lima hentian yang ditetapkan.

Menurutnya lebih 1,000 peserta dari dan luar negara termasuk Singapura, Thailand dan Bangladesh dijangka akan menyertai kayuhan kali ini dengan 605 peserta telah mengesahkan penyertaan setakat ini .

Dalam masa sama beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan yang memberikan peruntukan kewangan secara langsung untuk penganjuran acara itu kali ini selain ucapan terima kasih kepada 12 penaja utama lain. – BERNAMA

Kategori