SEJAK mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu, Nora Danish sering kali berkongsikan menu hariannya yang dimasak sang suami buat pengikut setia Instagramnya.
Dan disebabkan kerajinan suaminya, Nedim Nazri yang sering turun ke dapur dan menyediakan hidangan serba lazat dan enak, pelakon comel ini mengakui berat badannya naik sedikit sejak kebelakangan ini.
“Saya gemuk naik dua ke tiga kilogram. Tapi saya tak merungut kerana orang cakap itu rezekikan. Suami suka masak, dia akan google menu baru dan masak. Lagipun dia suka tengok orang makan dan dalam keluarga dia memang berbakat dalam masakan.
“Bila makan di luar, kita akan cakap nak suruh dia masak juga sampai anak-anak dia pun tak nak makan luar sebab bapa dia masak sedap sangat,” katanya memetik portal Rotikaya.
Wah bertuahnya Nora dapat suami yang pandai masak dan tak kisah langsung untuk membantunya di dapur. Macam ni lah suami mithali.
Sementara itu, Nora turut menyatakan perasaan teruja untuk menyambut Aidilfitri kali ini kerana buat pertama kali selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, kini dia dapat meraikannya bersama suami tercinta dan dua anak lelakinya, iaitu Putra Rayqal Ramli dan Nedrin, yang merupakan anak perkahwinan terdahulu Nedim. – MYNEWSHUB.CC