Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jumaat Diisytihar Hari Penggunaan...

KUALA LUMPUR - Hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha...

6 Pusat Pemindahan Tempatkan...

KUCHING - Seramai 245 mangsa banjir daripada 52 keluarga ditempatkan di enam pusat...

Akta Antiberita Tak Benar...

PASIR PUTEH - Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan semalam adalah selari...

‘Pastikan Terlebih Dahulu Wujudnya...

KUALA LUMPUR : Kewujudan Titah Adendum yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16...

Wanita Cedera Parah Ditetak Tiga Perompak

KULIM – Seorang wanita cedera parah ditetak tiga perompak bertopeng dan bersenjatakan parang panjang yang memecah masuk ke rumahnya di Taman Desa Impian di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt. Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam rompakan yang berlaku pada kira-kira 6 pagi itu, wanita berusia 43 tahun itu cedera di lengan, paha dan kepala dan kini dirawat di Hospital Kulim namun keadaannya dilaporkan stabil.

“Kejadian berlaku ketika wanita dan dua anaknya berusia 19 dan 17 tahun sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja dan sekolah sebelum rumahnya diserbu masuk tiga perompak berkenaan.

“Perompak berkenaan telah mengurung kedua-dua anak mangsa dan memaksa mangsa menunjukkan barang kemas dan berharga yang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata wanita itu kemudiannya telah ditetak namun kedua-dua anaknya tidak dicederakan sebelum perompak melarikan diri.


Polis kini giat memburu perompak berkenaan, katanya. – BERNAMA

Kategori