Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Singapura Sedia Penempatan Untuk...

KUALA LUMPUR - Semua warga Malaysia yang bekerja di Singapura boleh terus bekerja...

Cap Palsu: 3 Lagi...

KUALA LUMPUR - Tiga ejen sindiket urusan cap palsu imigresen yang ditahan Suruhanjaya...

Semua Penduduk Satu Kampung...

KATHMANDU - Sebahagian besar penduduk kampung Hokse di Nepal mempunyai satu ginjal sahaja....

Gangguan Air Di USJ,...

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di beberapa tempat sekitar USJ, Subang Jaya...

Wow! Pengguna Facebook Kini 2 Bilion

LIMA tahun selepas mengumumkan angka 1 bilion pengguna Facebook, CEOnya Mark Zuckerberg sekali lagi mencipta pesona semalam.

Melalui FBnya yang memiliki 92 juta pengikut, bilionaire dunia itu mengumumkan, pengguna aktif media sosial itu kini sudah 2 bilion.

Wow!

FB dilancarkan pada 2004 dan kini menjadi empayar komunikasi maya paling berpengaruh.

Dengan angka 2 bilion, FB kini menghubungkan 28 peratus populasi dunia dalam satu rangkaian media sosial yang prominan. Peratusan itu turut meningkatkan nilai komersil FB sebagai platform pengiklanan.

Pencapaian FB menjadikan Zuckerberg sebagai anak muda paling berpengaruh, selain tersenarai dalam Top 10 bilionaire.

Zuckerberg turut menyertai pengasas Microsoft, Bill Gates, pengasas Apples, Steve Job serta pengasas Alibaba DotCom, Jack Ma dalam senarai bilionaire yang keciciran pendidikan universiti.

Dalam pengumuman semalam, Zuckerberg berjanji, FB akan terus giat berkembang dalam menghubungkan penduduk dunia.


Tahun lalu, FB membuka cawangan di Malaysia. Kehadiran yang disifatkan firma itu sebagai langkah memperkukuhkan pengaruh FB di rantau Asia Tenggara.

FB Malaysia berpusat di KL Sentral dan menguruskan lebih 18 juta akaun domestik.

Secara populasi, hampir 60 peratus daripada 31 juta rakyat negara ini menjadi pengguna FB dengan 13 juta akaun aktif setiap hari.

Menurut data FB, jumlah ini menjadikan Malaysia antara negara tertinggi pengguna FB di Asia Tenggara. Malah, mengatasi keaktifan akaun pengguna di Thailand, Filipina dan Indonesia.

Untuk rekod perbandingan, akaun Instagram di negara ini kini mencecah 7 juta pengguna. – MYNEWSHUB.CC

Kategori