Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PAS Mahu Runding Cari...

Marang : Pas sentiasa membuka pintu rundingan bersama Umno dalam menghadapi Pilihan Raya...

17,405 Kes Baharu Covid-19

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini adalah sebanyak...

Lelaki Jalani Pembedahan Buang...

 SEORANG lelaki yang menghidap penyakit misteri hingga mengakibatkan buah zakarnya membesar sehingga 10...

Baik Lantik Guan Eng...

KUALA LUMPUR – Presiden MCA sinis dengan pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin yang...

Yayasan Sahabat Bina Negara Agih Sahur Staf Hospital

KLANG – Sempena bulan mulia ini, Yayasan Sahabat Bina Negara (YSBN) menganjurkan program berupa sumbangan barangan makanan dan juadah bersahur kepada pekerja wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini.

Penaung YSBN, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, bantuan makanan yang diberikan itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas hospital berkenaan kerana berdedikasi dalam melaksanakan tugas mereka dalam membantu rakyat.

“Malam ini kita hantar sedikit makanan sebagai tanda penghargaan kita kepada pekerja di sini kerana seperti yang kita tahu, Hospital Tengku Ampuan Rahimah ini merupakan antara hospital yang teramai sama ada pesakit atau pelawat.

“Kita percaya bahawa mereka ini golongan yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan kita menghargai segala usaha mereka dalam melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan malam tadi.

Tambah Akmar lagi, pendekatan baru dalam penyampaian bantuan itu digunakan kerana majoriti dalam golongan berpendapatan rendah dan disebabkan itu, bantuan turut diberikan kepada keluarga pesakit.

“Kita ubah sedikit pendekatan kita kerana kita tahu hospital ini ramai rakyat yang hadir untuk mendapatkan rawatan dan sebahagiannya adalah golongan yang berpendapatan rendah.

“Kita juga pada masa yang sama berikan juga makanan kepada keluarga pesakit,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Pengarah YSBN, Azman Mat Isa, aktiviti seperti itu akan dilakukan setiap tahun serta akan dikembangkan.


Pengarah YSBN, Azman Mat Isa

“Kita raikan mereka yang sanggup membantu mangsa-mangsa kecemasan dan kita menghargai mereka di bulan ramadhan ini.

“Apa yang kita buat hari ini dapat membantu mereka sedikit walaupun dalam keadaan kesibukan melayan kerenah-kerenah pesakit ini dan tidak putus-putus setiap waktu.

“Ini adalah usaha Yayasan Sahabat Bina Negara yang akan kita kekalkan setiap tahun dan Insyaallah kita akan kembangkan,” ujarnya.

Sebayak 150 sumbangan berbentuk makanan dan minuman diedarkan semalam kepada staf dan keluarga pesakit yang berada di unit kecemasan HTAR itu.

Sebelum itu, YSBN turut mengadakan Majlis Iftar Ramadan bersama anak-anak yatim dan wanita UMNO Bahagian Shah Alam.

Dalam Majlis tersebut, YSBN turut memberi memberi bantuan kepada anak-anak yatim berupa duit raya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori