Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anak Sharifah Aini Selamat...

Akhirnya Haji Aliff Omar Ali iaitu anak tunggal Biduanita Negara ,Allahyarham Datuk Sharifah...

Transmisi TV Digital Sedang...

ROMPIN - Transmisi siaran televisyen digital kini dalam peringkat percubaan dengan penggunaan stesen...

Lara Oh Lara Program...

ANAK pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana mencipta sejarah...

Maraton Malam Tarik Penyertaan...

PETALING JAYA - Edisi sulung maraton malam menggunakan format larian berganti-ganti - ASICS...

Zahid Mahu Langkah Komprehensif Basmi Dadah

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu langkah yang lebih komprehensif dilakukan segera bagi membasmi gejala penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata berdasarkan statistik terkini, sebanyak 56 peratus daripada jumlah banduan di negara ini dipenjarakan akibat jenayah berkaitan dadah dan perkara itu perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

“Ia satu gambaran yang cukup membimbangkan.

“Kita tidak boleh lagi menyerahkan sepenuhnya kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk menangani gejala tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat di negara ini dilihat semakin membimbangkan.

Akhbar itu memetik statistik yang dikeluarkan Jabatan Penjara Malaysia bahawa 56 peratus daripada jumlah banduan di negara ini dipenjarakan akibat kesalahan berkaitan dadah iaitu 33,500 orang daripada keseluruhan 59,600 banduan di penjara di seluruh negara.


Ahmad Zahid berkata selain menyerahkan tugas melakukan penguatkuasaan terhadap ‘raja dadah’, pengedar dan pembuat dadah statistik kepada Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik (JSJN) serta operasi penangkapan dan pemulihan penagih kepada AADK, kerajaan juga mengambil pendekatan lebih holistik dengan melibatkan beberapa pihak atau agensi lain yang berkaitan.

“Kementerian juga menjalin kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) bagi menguatkuasakan dan mengetatkan kawalan terhadap sebarang perkara berkaitan dadah agar musuh utama negara itu tidak menembusi pintu masuk di sempadan negara,” katanya.

Selain itu, katanya, kerjasama turut dijalin dengan Jabatan Kimia dan Jabatan Forensik bagi menentukan pembuktian ke atas penguatkuasaan yang dilakukan.

“Kita berharap seluruh masyarakat dapat membantu agensi-agensi tersebut bagi memastikan penyalahgunaan dan penawaran bahan terlarang itu mampu diselesaikan,” katanya. – BERNAMA

Kategori