Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Penjajaran Semula Jalan Bukit...

KUALA LUMPUR - Penjajaran semula laluan sepanjang Jalan Bukit Bintang akan dilaksanakan mulai...

Lelaki Rogol Gadis Guna...

KECOH jadinya apabila Mahkamah Rayuan Kuching, Sarawak baru-baru ini memutuskan seorang tertuduh kes...

Trump Heights Cabul Kedaulatan...

BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ‘merasmikan’ penempatan haram baharu di Bukit...

SPAN, JAS Siasat Insiden...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan...

Zahid Mahu Lebih Ramai Profesional Huffaz Al-Quran

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu golongan celik dan hafiz al-Quran dibentuk menjadi pemimpin dan tenaga kerja profesional negara seperti doktor dan jurutera, bukan hanya menjadi imam atau guru agama semata-mata.

Katanya ketika ini negara mempunyai 200 doktor perubatan Islam daripada kalangan hafiz dan hafizah.

“Saya harap selepas ini kita mempunyai peguam, arkitek, jurutera daripada kalangan huffaz.

“Ini adalah penting bagi Malaysia melahirkan generasi yang mampu membangunkan negara yang sejahtera, aman dan harmoni, seterusnya mendapat keberkatan serta pengampunan daripada Allah,” katanya semasa berucap pada majlis tahlil dan berbuka puasa di Sekolah Menengah Agama Al Ulum Alsyar’iyyah Bagan Datuk, di sini petang ini.


Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk, berkata kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 125,000 huffaz di seluruh negara menjelang 2050 melalui dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pada majli itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada sekolah menengah agama tersebut bagi tujuan membeli van untuk pelajarnya. – BERNAMA

Kategori