Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hubungan Malaysia-Arab Saudi Berada...

RIYADH - Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz Al-Saud berpendapat hubungan Malaysia dan negaranya...

Air Sungai Berbuih Bawa...

PUTRAJAYA - Air sungai yang berbuih dan berbau sabun membawa kepada penemuan kem...

Pemimpin PH Rakus, Angkuh...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa bertanya...

Nenek 76 Tahun Berani...

HONG KONGƂĀ -ƂĀ Seorang warga emas berusia 76 tahun berani memanjat tingkap di bahagian luar...

Zain Saidin Masak Sendiri Juadah Berbuka

SUSAH betul nak maintain bentuk tubuh yang sado seperti Zain Saidin ini kerana perlu berpantang makanan yang sedap-sedap dan berkalori tinggi.

Oleh kerana dia perlu menjaga pemakanan dan tidak boleh makan sebarangan, suami kepada Rozita Che Wan ini memilih untuk memasak sendiri juadah berbukanya.

Ooops! Sebelum ada yang bertanya adakah Che Ta tidak menyediakan makanan untuk suaminya berbuka puasa, jaga mulut ya di bulan Ramadan!

Zain sebenarnya tidak mahu menyusahkan isterinya yang tersayang kerana perlu menyediakan juadah berbeza untuk dirinya yang sedang berdiet.

“Saya masak nasi menggunakan beras perang dan menyediakan ayam panggang. Saya hanya memakan bahagian dada ayam.

“Sayur juga dimakan mentah. Selain itu, saya gunakan garam bukit untuk setiap juadah yang disediakan.

“Itulah menu berbuka puasa saya di rumah. Memang kena kawal nikmat berbuka puasa dengan makanan sedap-sedap. Ini kerana saya ada sasaran untuk mengurangkan berat badan sepanjang Ramadan,” katanya.

Tambah pelakon siri Oh My English! ini, jika dia lebih suka memasak dan meluangkan masa bersama keluarga di rumah jika tiada urusan di luar.


“Tapi sesekali kalau ada undangan berbuka puasa di hotel, saya ambillah makanan sedap tapi terkawal. Isteri saya suka membeli juadah berbuka di bazar Ramadan,” katanya.

Menurut Zain lagi, rutin senaman dan dietnya ‘lari’ sedikit oleh kerana terlalu sibuk dengan perniagaan yang diusahakan.

“Berat badan saya macam yoyo. Kalau sibuk berniaga, rutin di gimnasium dan diet jadi berterabur.

“Kalau saya tertinggal dua perkara ini, badan cepat naik,” katanya yang mengusahakan perniagaan kasut jenama ZapatoS by Zain Saidin. –Ā MYNEWSHUB.CC

Kategori