Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Terjatuh Lebih...

LARUT : Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 10 meter ketika...

Masjid Terapung Kuching Dijangka...

KUCHING - Hasrat penduduk tempatan melihat masjid terapung pertama seumpamanya di Sarawak yang...

Amalkan PKP Kendiri Elak...

KUALA LUMPUR - Kemunculan varian-varian baharu yang membimbangkan (VOC) amat merisaukan kerana kebanyakan...

Liza HotFM Akhiri Zaman...

Penyampai stesen radio popular HotFM, Khairu Norliza Khairudin atau Liza, menamatkan zaman bujangnya bersama...

Zakaria Luah Perasaan Di Laman Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad, yang diarahkan bercuti menyifatkan peristiwa yang berlaku sekarang sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan syarikat itu.

“Berita hari ini tidak pernah berlaku dalam sejarah FELDA dan FGV. Kebenaran akan menjelma akhirnya.

“Kepada rakan sekerja FGV dan warga FELDA, Saya mohon maaf kerana terpaksa meninggalkan pejabat secara tiba-tiba, saya tidak berkesempatan bertemu anda semua,” katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.

Zakaria Luah Perasaan Di Laman Twitter

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.

FGV telah memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Selain daripada Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti.


Semasa dihubungi stesen televisyen tempatan dalam segmen temu bual sebelumnya, Zakaria berkata beliau bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga yang melibatkan unit FGV, Delima Oil Products.

“Malahan, semasa ditanya sebelum ini, saya meminta SPRM supaya datang ke FGV dan menyiasat keseluruhan FGV, termasuk kes ini (Delima Oil) bagi membolehkan kami bagi menghapuskan segala keraguan,” katanya.

Zakaria juga berkata beliau ada menjangkakan kemungkinan lembaga meminta beliau bercuti, tetapi tidak menjangka sampai seperti ini kerana ia adalah isu kecil.

“Saya perlu mendepani perkara ini dengan terbuka dan mempertahankan diri saya sendiri,” katanya. – BERNAMA

Kategori