Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mamat (Exist) Hidup Merana,...

PETALING JAYA - Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat terpaksa menumpang di beberapa...

Klinik 1Malaysia Insiatif Najib...

KUALA LUMPUR - Klinik 1Malaysia (K1M) yang diperkenalkan tujuh tahun lepas adalah antara...

90,734 Syarikat Mendaftar Untuk...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang mendaftar untuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Culik: 2 Penganggur Dihadapkan...

KLUANG -  Dua penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang tauke restoran bulan...

100 Pemain Tempatan Dalam CIMB Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Gavin Kyle Green adalah antara 100 pemain tempatan yang akan beraksi pada Kejohanan Golf Kebangsaan CIMB 2017  bernilai RM200,000 di TPC Kuala Lumpur, di Bukit Kiara di sini, minggu depan.

Kejohanan dari 25 hingga 28 Julai ini merupakan pusingan kelayakan kebangsaan dengan juara akan mendapat tiket automatik ke kejohanan berprestij CIMB Classic 2017 yang menawarkan hadiah wang tunai US$7 juta (RM30.34 juta) di lapangan sama, Oktober ini.

Selain Gavin, pemain utama negara yang turut bersaing ialah bekas juara Danny Chia, Nicholas Fung dan Ben Leong.

“Kami mengalu-alukan saingan antara pemain terbaik negara pada pusingan kebangsaan ini kerana mereka akan menampilkan potensi penuh masing-masing untuk memenangi tempat ekslusif di CIMB Classic 2017,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam kenyataan di sini hari ini.

Kejohanan CIMB Classic 2017 akan berlangsung di TPC Kuala Lumpur dari 12 hingga 15 Okt ini dan merupakan kejohanan kedua dalam jadual Jelajah Persatuan Golf Profesional (PGA) musim 2017/2018.


Kejohanan edisi kelapan tersebut, yang menawarkan mata Piala FedEx, akan menampilkan 78 pemain iaitu 60 daripada Jelajah PGA, 10 dari Jelajah Asia dan lapan pemain diberi tiket pengecualian penaja untuk beraksi dalam kejohanan itu.

Daripada lapan tiket pengecualian penaja itu, dua tiket ditawarkan kepada  juara pusingan kebangsaan dan pemain negara yang menduduki tangga teratas dalam senarai ranking dunia  setakat 2 Okt .

Seandainya juara pusingan kelayakan kebangsaan turut menghuni ranking teratas dunia dalam kalangan pemain tempatan, maka pemain ranking kedua terbaik akan mengisi slot pemain kedua negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • golf

Kategori