Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat ‘Panas’ MP...

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat petang ini ‘panas’ ketika Timbalan Menteri Pertanian...

Kapal Perang AS Belayar...

WASHINGTON - Dua kapal perang Amerika Syarikat (AS) belayar melalui Selat Taiwan semalam,...

Saman Halang SPR Kendali...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman difailkan seorang...

Vigneswaran Angkat Sumpah Yang...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden MIC Datuk S A Vigneswaran hari ini mengangkat...

14 Anggota Polis Cemas Terperangkap Di Dalam Lif

SHAH ALAM – Empat belas anggota polis yang ditugaskan mengawal keadaan keselamatan ketika sebutan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini, terperangkap selama 20 minit di dalam lif mahkamah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Supt. Nek Zaidi Zakaria berkata, kesemua anggota yang terperangkap merupakan mereka yang terlibat dalam Ops Prank dan telah bersiap siaga dari awal pagi.

Katanya akibat kejadian itu seorang anggota polis mengalami masalah jantung dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapat rawatan.

“Mangsa yang lain selamat dan menyambung tugas seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Nek Zaidi berkata semua anggota berkenaan mula bertugas sejak pukul 6 pagi tadi bagi memastikan kelancaran sebutan kes.

​​​​​​​Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, bomba menggunakan kaedah power unit bagi membuka pintu lif.


Katanya pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.08 minit pagi dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

“Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi membantu mengeluarkan semua mangsa,” katanya. – BERNAMA

Kategori