Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Polis Thailand Temui Mayat...

NARATHIWAT - Mayat seorang warga Malaysia dengan kesan kecederaan di muka ditemui terapung...

Senarai Artis Korea Seiras...

BUAT peminat k-drama, pastinya dah berpuluh drama kamu semua dah tengok kan? Perasan tak...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Gombak dan Hulu Selangor dijadual mengalami gangguan...

“Saya Tahu Akan Kena...

JUARA Idola Kecil 2009, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah atau Dayana, 21, mengakui...

15 Hilang Banjir Besar Landa Selatan Jepun

TOKYO – Sekurang-kurangnya 15 hilang selepas banjir besar menghanyutkan rumah di selatan Jepun, merosakkan jalan raya apabila air melimpahi kampung selepas hujan lebat, kata pihak berkuasa.

Pakar kaji cuaca memberi amaran keadaan akan bertambah buruk dan anggota tentera serta penyelamat berusaha memindahkan ratusan ribu penduduk dari laluan tanah runtuh dan arus air berlumpur.

“Kami melihat hujan lebat tidak seperti sebelum ini.

Keadaan ini luar biasa dengan bahaya serius,” kata pegawai Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata, kerajaan mengerah 7,500 anggota polis, penyelamat dan anggota tentera ke kawasan terjejas di Kyushu, manakala 40 helikopter bersiap sedia melakukan operasi mencari sebaik cuaca cerah.

“Ada banyak maklumat mengenai orang ramai yang masih hilang,” katanya kepada sidang akhbar tergempar.


Ia termasuk seorang kanak-kanak yang dilaporkan dihanyutkan di sungai dan pasangan suami isteri yang tidak ditemui sejak rumah mereka dihanyutkan.

Pegawai di negeri Fukuoka dan Oita yang teruk terjejas berkata, mereka mengetahui 15 penduduk hilang.

Rakaman televisyen menunjukkan ombak dari sungai yang melimpah merempuh kawasan berpenduduk, merosakkan jalan dan menenggelami ladang. – AFP/BH ONLINE

Kategori