Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pesawat Bawa Team Bola...

BOGOTA - Sebuah pesawat komersial yang membawa 81 penumpang termasuk sepasukan pemain bola...

Saingan Tiga Penjuru Di...

JELEBU : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang di sini menyaksikan pertandingan tiga...

Kes Curi Motosikal Di...

LARUT - Kes kecurian motosikal di Selama berkurang daripada 38 kes pada 2014...

Portal Aduan Buli Dilancarkan...

Portal aduan buli dilancarkan hari ini bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di...

18 Individu Tunggu Bekalan Dadah Ditahan AADK

ALOR SETAR – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Yan menahan 18 penagih dadah yang sedang menunggu bekalan dadah di kawasan luar Klinik Kesihatan Guar Chempedak yang menggunakan taktik ‘See, Buy N Go’ sejak beberapa bulan lepas.

Ketua Pegawai AADK daerah Yan, Mohamad Ramli berkata dalam operasi yang bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari tadi itu, beberapa anggota AADK berlakon sebagai penagih dadah yang turut berada di luar klinik itu sebelum mencekup kesemua penagih yang berusia 19 hingga 60 tahun itu.

“Kawasan ini telah menjadi tumpuan penagih dari kawasan sekitar untuk mendapatkan bekalan. Mereka menjadikan kawasan ini sebagai tempat kegiatan bagi mengelakkan daripada dikesan oleh agensi penguat kuasa kerana sibuk dengan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di sini,” katanya menerusi kenyataan.

Kesemua 18 individu yang ditahan telah dibawa ke pejabat AADK Yan untuk menjalani ujian saringan air kencing dan daripada jumlah itu, seramai 16 individu positif dadah jenis syabu dan opiat manakala dua lagi dibebaskan tanpa syarat kerana negatif dadah, katanya.


Kes disiasat di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983. – BERNAMA


 

Kategori