Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

iPhone Dalam Air? Tidak...

LITEPROOF mempelopori industri casing tahan lasak untuk iPhone sejak tahun 2012 selepas ia...

SBJK Bakal Transformasi Imej...

KUALA LUMPUR - Projek pembangunan semula Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), di Jalan...

Peragut ‘Syaitan’ Gilis Kepala...

KLANG - Peragut 'syaitan' yang menggilis mangsa ragutnya dalan kejadian di Pekan Kapar,...

Gempa Bumi Lemah Berlaku...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 2.3 pada skala Richter berlaku kira-kira...

19 Anjing Dimusnahkan Di Kuala Sepetang

IPOH – Sebanyak 19 ekor anjing terbiar dimusnahkan di Kuala Sepetang, Taiping semalam, sebagai langkah mengekang penularan penyakit anjing gila atau Rabies.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak, Dr. Fuziah Muhayat berkata pihaknya melakukan operasi bancian dan pengawasan dalam lingkungan satu kilometer (km) dari lokasi kes jangkitan Rabies dengan populasi haiwan sebanyak 305 ekor.

“Operasi pemvaksinan dilakukan dalam 1 km dari lokasi kes jangkitan Rabies dan jumlah yang telah divaksin adalah seekor anjing setakat semalam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, JPV Perak mengambil sebanyak lima sampel dari kepala anjing di Kuala Sepetang, Taiping dan dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar di sini untuk mengesan jangkitan Rabies.

Menurutnya operasi kempen kesedaran tentang Rabies dan kawalannya juga dijalankan dari rumah ke rumah melibatkan 275 pemilik haiwan.


Semalam, kerajaan negeri Perak mewartakan kawasan Mukim Matang dalam daerah Larut, Matang dan Selama sebagai kawasan jangkitan penyakit Rabies.

Ia berikutan seekor anjing peliharaan mati pada 12 Julai lepas, sembilan hari selepas menggigit dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang. – BERNAMA

Kategori