Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pengisian Pesta Kaamatan Sentiasa...

KOTA KINABALU - Jawatankuasa Pelaksana dan Koordinasi Pesta Kaamatan sentiasa menambah baik pengisian...

Padah Curang, Lelaki Goda...

CHISINAU — Gara-gara cuba memikat kawan baik isteri sendiri, seorang lelaki warga emas hampir...

Berjuanglah Habis-Habisan! – Khairy...

KUALA LUMPUR – Berjuanglah habis-habisan pastikan ibu segala pingat milik Malaysia!...itulah kata-kata semangat...

Beli Kondo: Isa Samad...

BEKAS Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan memfailkan...

2 Pasangan Kekasih Ditahan Positif Dadah

TAMPIN – Dua pasangan kekasih ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan di sebuah bilik hotel di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Hamazah Ab Razak berkata serbuan dilakukan kira-kira jam 1 tengah hari oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Tampin selepas menerima maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas tubuh suspek berusia 16 hingga 19 tahun itu tidak menemui apa-apa barang salah tetapi ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis Meth manakala seorang lagi positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

“Tiga suspek iaitu seorang lelaki dan dua perempuan berasal dari Melaka manakala seorang lagi suspek lelaki berasal dari Shah Alam, Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata kesemua suspek yang positif dadah jenis Meth mengaku mengambil pil Estacy di sebuah pusat hiburan di Melaka dan mereka ditahan di IPD Tampin untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori