Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penapis Dibenarkan Dalam Gambar...

UTAH – Bekas pelakon filem lucah, Jessica  Steinhauser atau nama  glamornya, Asia Lemmon dibenarkan memakai...

“Saya Kini Jadi Penganggur”...

BEKAS Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dirinya sebagai...

Sabah Sasar Empat Juta...

KOTA KINABALU - Sabah menyasarkan ketibaan empat juta pelancong pada tahun depan, kata...

Ustaz Kazim Bantu Warga...

IPOH - Pasangan warga emas yang mengikuti kelas pengajian agama di Pusat Pendidikan...

2 Remaja Maut Motosikal Bertembung

BATU KURAU – Dua remaja maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Perak di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 malam, mangsa yang dikenali sebagai Abd Rasyid Rosidi, 16, dan pelajar sekolah terbabit Mohd Saharudin Sahrol Azman, 14, masing-masing mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata insiden itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang Abd Rasyid dari arah Anak Kurau bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Ekoran kemalangan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan manakala motosikal mereka turut mengalami kerosakan teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori