Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengasas Dnars Skincare Maut...

TUMPAT - Usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga pengasas produk kecantikan...

Golongan Muda Mula Bosan...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat mengakui perbelahan...

Peraduan Shell Tawar Isi...

KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang memenangi hadiah mengisi petrol bernilai RM10,000 di...

Da’i Syed Dihantar Ke...

SHAH ALAM - Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal...

2 Sahabat Diberkas Bersama Dadah Bernilai RM20,000

KUALA TERENGGANU – Polis menemui dadah jenis syabu dan pil Methamphetamine bernilai hampir RM20,000 dalam satu pemeriksaan terhadap dua lelaki di hadapan sebuah rumah di Jalan Gong Pasir di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Yaacob berkata polis menjumpai 1,200 pil Methamphetamine dan 15 paket plastik kecil berisi syabu seberat 20.32g dalam beg sandang yang dipakai oleh suspek berusia 25 tahun itu.

Beliau berkata polis turut merampas wang tunai RM1,900 daripada suspek dan sahabatnya berusia 27 tahun yang dipercayai hasil jualan dadah.

“Kedua-dua suspek itu dipercayai aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah sejak dua tahun lalu di sekitar Dungun manakala suspek utama (25 tahun) juga mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek, yang merupakan penduduk tempatan itu, positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya, kes itu disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori